Tuesday, May 10, 2011

Tak semua yang kita suka tu terbaik untuk diri kita...


Bangun-bangun pagi jaja dah berteriak dalam hati

TAK NAK PERGI INTERVIEW!!!!!! 





Yes. Today is the interview day for scholarship Yayasan Terengganu. Disebabkan jaja memang dah tetapkan dalam hati yang jaja tak nak pergi, annoying kan? orang nak bagi tajaan, kita lak tak nak pergi interview. kaulah tu jaja. MENGADA-NGADA...

'=_='

Awal-awal pagi dah tekup muka sendiri dengan bantal sebab takut abah tau yang jaja dah bangun. Kalau macam ni, kena buat pura-pura tidur sampai tengah hari, sebab jaja punya interview pukul 10.30 pagi. Tapi abah percaya ke? Hmmm..... *masih memikirkan taktik yang terbaik




Aduhai, terserempak pulak dengan nenek. Nenek habaq, kalau hang tak nak pergi interview, hang tak sayang nenek dah. Mampussss gua. Macam mana ni, tak boleh jadi, takkan la kena pergi kot. Haa! tiba-tiba idea hebat datang!!
*dekati baby (adikku) dan berkata lagi dalam hati, kalau baby ni senyum banyak kali, maknanya, aku kena pergi interview pagi ni...cayalahhh..

*
*
*
*
*

Bila jaja tengok adik lama-lama, dalam 20 minit, eh.senyum je memanjang. tak benti-benti.
(^______________________^)

 Ini petanda bahawa..................I MUST GO LORH!!





Kami bertolak ke sana, jam 10 pagi. Drive memang laju la jugak. Mana taknya, interview pukul 10.30 la bebeh. Jaja ni dah la duduk dalam hutan. Erk? Tukar statement. DALAM KAMPUNG,tempat tu kat BANDAR pulak.. heee...
Time dalam kereta, beberapa kali jugak la handset sony jaja tu terlambung. Ntah kenapa la jadi macam tu. Nervous kot.wuwuwu.


Sampai kat sana dah pukul 10.35. Arghhh, terlebih 5 minit. Macam mana nih. Tapi nasib baik la pegawai kat kaunter pendaftaran tu kata jaja punya interview pukul 11.30 sebab yang pukul 10.30 dah penuh.
Phewwww...lega toksah kata r. Nak meloncat-loncat je rasa. Tapi apakan daya, jaja bukanlah johan lompat tinggi. kehkehkeh.


Time interview tu memang macam-macam jugak la kena tanya. Nak-nak bab politik. Pasal UMNO, PAS, DAP, uihh, diorang tak tau ke yang aku ni bawah umur lagi?? nak mengundi pun tak layak.
:)



Bila jaja jawab A, diorang hentam balik, bagi jawapan B. Bila jaja senyap je, diorang hentam dengan huraian C. Apeni? apeni? kata nak tajaan sangat kan, so jawab je la dengan yakin dan pasti, yeaahhh
*walaupun fakta tu mengarut je lebih



Walaupun jaja mula-mula refuse nak pergi, tapi demi diri sendiri dan semua, cehh cam arits lak. Jaja pun kekalkan confident level dalam diri. Tetap kena tunjukkan yang diri ni layak untuk pergi oberci. Bercakap pun siap pandang mata interviewer tak benti-benti. Hahaha. Mana la tahu kan, suatu hari nanti Allah bagi hidayah untuk jaja gi sane.Hati, bila-bila masa je boleh berubah.

 :p


MORAL OF THE STORY



  • Tak salah kalau kita nak menimba pengalaman pergi interview walaupun kita dah tak nak pergi oberci
  • Jangan terlalu mengikut perasaan, nanti merana
  • Rebutlah peluang di depan mata, kerana bukan semua berpeluang mendapatnya
  • Ibu bapa hanya mahukan yang terbaik untuk kita, so tak salah mengikut kemahuan mereka, untuk masa depan kita jugak kan.
  • Lakukan persediaan awal sebelum diinterview.
  • Sayangilah nenek anda..heeee


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Jika ini rezekiku, maka ku sedia menerimanya. 
Insya Allah. Dah,nak pi sambung tengok tv lak. babai



Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

14 comments:

Zara said...

auuu cik jaja drift ea?hehe. :)

fadh leyanie said...

hati nenek kena jaga..:)

sailaaf said...

suka tips yg last;..sayangi nenek anda tu..hahaa..

An-Najah said...

selamat sambung belajar lah kat UM tuk sementara.bersebelahan dgn UIA tuu.

Misz Jenny said...

amalin:
not me..papa..

hahaha

Misz Jenny said...

fadh :

nenek itu penting, lau xde nenek, xde la mama...erk?

Misz Jenny said...

miss afifa :

heee, nenek perlulah disayangii

Misz Jenny said...

An-najah:

Haalaaaa, sebelah dengan U hang

faridfirdaus said...

gudluck!

Misz Jenny said...

Farid :

thanksss

Eyra Rizal Touch said...

MAKEUP CLASS PROMOTION FOR MAY!!!!

see below for type of classes,fees & dates

14/5 & 15/5 (pick 1 date only) :
BASIC TO ADVANCE CLASS PROMO RM295/PAX

17/5 & 18/5 :
2 DAYS BRIDAL CLASS PROMO RM400/PAX

21/5 :
HAIRDO CLASS PROMO: RM295/PAX

24/5 & 25/5 :
2 DAYS BRIDAL CLASS PROMO RM400/PAX


HOW TO REGISTER?
1)PICK WHICH CLASS YOU'RE INTERESTED IN
2)SMS TO 016-2128740 /PM INBOX UR FULL NAME, IC, PHONE NUMBER, & CLASS YOU'RE JOINING.
BANK IN DEPOSIT (RM100) TO MAYBANK ACCOUNT 1580 8830 5272 (NORSHAHIRA SHAHRIZAL)
http://www.facebook.com/event.php?eid=113982102020746

Misz Jenny said...

Eyra :

pebende plak nihh, hish

Syamimi Razali said...

hehe. apesal tak mau? ni mesti kes nekad nk jadik doc gigi.. wahaha

Misz Jenny said...

mimi :

sebab sumenye course medic, serammm