Tuesday, May 24, 2011

KFC HARAM DIMAKAN??


Ini adalah entri serious lagi. Sila baca baik-baik.. (O_O)

***************************************************************


Saya ada menerima emel dibawah ini. Saya ingin mendapat kepastian daripada pihak tuan. Sekian terima kasih


KFC - Haram dimakan...


Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat.

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:



Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.


Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.


Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana:
a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh 
b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik 
c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat. 


Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC Insyallah dan wallahualam.





Assalamualaikum wbk.

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia. Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempan. Perempuan sembelih ayam? mmm...macamana tu?.

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu?


Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC. Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.
Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam


Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka " .

MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT 
DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT. 

Wassalam.
"Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu."

* ini entri copy paste (wa terbaca lam fesbuk)
*semoga apa yang kita dapat hari ni ialah kebenaran, Insya Allah mudah-mudahan

(^__^)



Update ! selepas di google tadi :-

PENDAPAT 1
 pada aku memang terpulang pada individu..klu yakin,makanlah..klu tak yakin or was2 coz rasa KFC tu syubhat maka tinggalkanlah..nak kata pasal rasuah semua tu, wallahu a'lam..dalam islam pun tak suruh kita siasat2 sgt hingga menyebabkan kita jadi susah la plak..cthnya, selain KFC, banyak kedai makan kat luar tu,adakah depa dapatkan ayam yg betul2 disembelih?ayam2 kat kedai or lain2 tempat dijual adakah kita pasti ayam tersebut disembelih mengikut syara'?tentunya tidak tapi keyakinan kita yg mengatakan ia disembelih mengikut syara'..klu kita semua sibuk2 nak pikir rasanya takkan makan ayam kot?heheh..kecuali ayam yg kita sembelih sendiri, tu pun takut kita lak yg tak yakin benda tu betul2 disembelih ikut syaratnya..dah jadi satu hal lak..

apapun bukanlah aku nak menangkan KFC, tapi dah depa ada logo JAKIM dan setakat ni JAKIM pun tak pernah lagi nafikan kesahihan logo tu so takder salahnya kita makan klu dah yakin..apapun terpulang pada diri anda menilainya! rolleyes.gif



PENDAPAT 2
pasal renjatan elektrik tu pun boleh rujuk JAKIM.
ada nisbah renjatan yg dibolehkan, bukan main renjat elektrik macam tu jer. Ada syarat2 perlu diikuti dalam proses renjatan, spt renjatan tidak memberhentikan jantung, tidak mematikan, tidak memberi kesan kecacatan dsb. Andaikata lepas diberikan renjatan, ayam tidak disembelih, brp lama masa diambil utk ayam tu segar + hdp seperti biasa. Sama mcm kes melemahkan lembu sebelum disembelih. Katakan nak sembelih 50 ekor lembu, larat ke nak tumbangkan sekor2 dgn cara manual mcm kita tumbangkan lembu masa nak sembelih time keduri kawin? Semua fatwa dan hukum ada tempat merujuk, bukan rujukan dr email berantai semata-mata. Aku tak berani kata renjatan elektrik pada ayam tu HALAL, tp boleh rujuk JAKIM dgn call/email, sbb pegawai JAKIM pernah datang beri ceramah pasal ni, n semua tu dilakukan dlm pemantauan JAKIM sendiri utk meletakkan hukumnya boleh/tidak.

tp kalau dh tak yakin/was2 dgn JAKIM sendiri, totally 100% jgn beli ayam di pasar/pasaraya, jgn makan lauk ayam di kedai2/restoran/pasar malam.

hanya makan ayam yg disembeli sendiri, atau dibeli ditempat yg boleh tgk proses sembelih secara live.



p/s : Entahlah orang yang ura-urakan sal ni betul ke tak, tapi korang pun berhati-hatilah dalam memilih makanan tau..semoga benda ni tak betul sebab aku suka kepsi!!! huwaaaaaa

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

8 comments:

arituarini said...

sahih ke cite ni..tkut ada yg buat2 cite..klau btul boikot la KFC..

Izyan Masri said...

OHMANGAI.NGERINYA BILA BACA ENTRY NI T_T

Misz Jenny said...

Arulchelsea :

tu la pasal, karang tak pasal2 jadi fitnah..


tapi berjaga-jaga je la, Insya Allah kalu betul, Allah akan tunjukkan

Misz Jenny said...

Kak yan :

a'ah, sob3.. nti kena pk 2kali kalu nk g makan kepsi

Anonymous said...

halal jakim ada kfc .
http://www.halaljakim.gov.my/

Misz Jenny said...

Fina :

=)
thanks

NUR AYNIE said...

jgn laaaaa~~ kepsiiiiiiiiiiiiii

Misz Jenny said...

aynie :

hehehehe.... jgn menjerit, ;p