Sunday, October 30, 2011

Please Enjoy! Saranghae!


Assalamualaikum.....


Hari ni sepatutnya pergi Moscow Race...tapi adalah disebabkan oleh takdir yang telah mentakdirkan jaja supaya tidak dapat join harini..nak buat macam mana kan..hahaha



I bet, all of my friends there were having fun...Jealous.... (+_+)



Duduk sorang-sorang dalam rumah ni..nak kata boring..hmmm, tak jugak kot. Sebab jaja asyik makan je. Makan, minum, tidoooo... Rutin harianku. Takpe, nanti 1 november, kelas pun dah nak mula. So, hargailah masa yang ada ni.. Hoyeahhhh!


Jaja masih lagi budak berjiwa band...so terjumpa la lagu-lagu seperti ini....








Just The Way You Are-Bruno Mars (alto sax cover)






My Heart will go on-Celine Dion (Flute cover)





Dan, tak lupa juga kepada my favourite group! SNSD!!!!

Gee-Acoustic & Rock version (SNSD)

 



Enjoy!
xD



Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Saturday, October 29, 2011

Segmen : Kenali diri saya bersama Puteri Kasih




Memandangkan kelas pun belum mula lagi.....so, setelah ditag oleh my beloved, Mimi Jali...jaja pun join la..


1- Jika saya memegang watak kartun, saya ingin sekali menjadi Shin Chan, sebab dia memang selamba dan lawak....hahaha

2- Saya ingin sekali bertemu dengan Shah Rukh Khan!

3- Binatang yang paling saya takuti adalah Kucing...kerana mereka suka bermanja secara over..tidakkk! Lagipun, saya ada kisah trauma dengan kucing...

4- Saya teringin bercuti ke tempat yang menarik bersama-sama keluarga! especially Abdurrahman..

5- Lagu yang paling saya minati ialah SNSD - Into the new world..yes, i'm in the new world..

6- Jika saya menjadi Perdana Menteri saya akan letak jawatan dan bagi peluang kepada Mimi Jali untuk menggantikan saya..hahahaha.....Dia memang pemimpin yang hebat.

7- Insan yang paling saya sayangi adalah Keluarga saya....dan awak.. :D

8- Perkara yang paling saya benci ialah lelaki ego, dan yang suka mencarut. Smoking juga.

9- Perkara pertama yang wajib saya lakukan setiap kali bangun tido ialah melihat jam. 

10- Tiga perkataan yang menggambarkan diri saya, tegas, lawak kot, pemalu.




Tu je kot yang dapat dijawab, Cikgu...sila tengok jawapan ni dan bagi full marks! Opsss..hahaha






p/s : jaja nak tag

- Mekya
- Fakrul
- Yana

Sesape yang nak join, sila klik SINI
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
         

Wednesday, October 26, 2011

Bergurau pun masih ada batasan....


Entri ni di taip masa saya tengah buat preparation untuk Entrance Exam..

Cuak memang la cuak, tapi nak buat macam mana.. Life must Go on. Be the best and beat the rest!!




Sebenarnya, saya ada satu cerita nak bagitau ni. Bukan cerita kedai kopi mahupun cerita kedai teh. Tapi cukuplah untuk mengetahui bahawa cerita ini saya yang tulis.. erk?
=_____='



Kelmarin , ada la sorang kawan bertuah ni yang post 'something' kat wall saya. Yes, i know you wanna joke man. But......gurauan itu terlebih sudah. Membuatkan daku yang membaca ni rasa macam nak makan orang je tau tak. campur meluat lagi, geli lagi.. Post anda itu terlalu gedik bunyinya. Tak sesuai di wall saya. Sebab tu la saya remove.Understand??



Lain kali please lah..jangan post sesuatu yang agak sensitif di wall saya. Yup! How come a man post like that..


blablabla.....(contentnya haruslah dirahsiakan)


Helloooo. Apekehalnye kau buat macam tu? Kau tau tak, kalau orang lain singgah kat wall aku nanti, mesti diorang fikir macam-macam. Aku taknaklah kena fitnah bagai kan. Lagipun Allah pun dah pesan, Jangan Dekati Fitnah!


لحديث رواخ الطبراني :
لا تقربوا الفتنة إذا حميت ولا تعرضوالها إذا عرضت واصبروا لها إذا اقبلت



Jangan mendekati fitnah apabila ia sedang membara,
Jangan menhadapinya jika dibentangkan dan bersabarlah jika fitnah telah menimpa.



See?








I'm not a girl like that....








Saya dah maafkan segalanya...dan saya mintak maaf jugak kalau ada terkasar bahasa, terguris hati kerana kelakuan saya sama ada sedar mahupun tidak.










Nak kawan boleh, jaga batas, jaga aurat, jaga percakapan, tu pun dah kira ok.
Jika tidak boleh, terimalah hakikat bahawa mungkin kita tidak ditakdirkan untuk berkawan
Noktah.


tolong jangan buat macam tu lagi.. :(








p/s : I'm serious with this...so, kpd kawan2 yang baca, jgn nak menyindir sangat la kalau taknak tengok saya marah....



Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Monday, October 24, 2011

The Boys (SNSD)Vocal Contest...






Cover yang jaja rasa best...dekat part dia beatbox tu pun sangat cool..hehehe..




Yang ni, vocal mantap...kalau tak silap, dia ni omputeh kot...hihihihi...





Lagu The Boys sekarang ni dah jadi tumpuan WOrldwide!!
Congratulations Girls' Generations!!
SNSD jjang!!!!




daku yg edit!

p/s: nak tahu lebih lanjut pasal contest ni, sila tekan SINI

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA



           

Sunday, October 23, 2011

Panggung Sabtu la sangat...aihhh..



Assalamualaikum w.bt.



Semalam, nak dijadikan cerita la yer, jaja dan roommate sorang ni pergi kat bilik tingkat bawah, diorang kata ada  macam Panggung Sabtu gitu... Alaa, apa lagi kalau bukan cerita hindustan kan?

so sweeeeeeet!



SRK..macam mana la sy xterpikat dengan awak, hensem sgt....




Kitorang tengok cite Kabhi Khushi Kabhi Gham secara berjemaah. Best memang la best, sebab tuan rumah sediakan makanan sampingan macam cornflakes, kismis, mashed potato, air coklat, jus epal dan macam-macam lagi la. Sampaikan terlupa tujuan datang situ rupanya nak datang meng'hayati' cerita. Banyak jugak part-part sedih dalam tu yang telah dirosakkan moodnya oleh Cik Eva.

Asal ada time nyanyi je, dia ikut...................kalau merdu takpe jugak.
Ni sumbang kemain lagi eh..........cair najis telinga i! hahahaha





Disebabkan LEKA sangat tengok cerita, tup-tup dah pukul 12.30 malam. Nak balik naik lif, tapi lif dah tak berkhidmat dah kalau lebih pukul 12. Diorang matikan suis kot. Nak naik tangga karang, ramai pulak lelaki yang duduk smoking kat situ. Seram aihhhh! Takut jugak kalau jadi pape.



*tetibe mentol pun keluar! alaaa, macam dalam cerita kartun tuuu.. :D

lebih kurang macam ni la...kot..




Haa! Fikir punya fikir. Terlintaslah satu nama yang memang familiar sangat dengan jaja. Nak tau tak siapa?



Jengjengjeng!!!



Fakrul menjadi pilihan saya!




Apa lagi, terus capai handset, lepastu call dia. Harap sangatttt supaya angkat. Urgent nih!nak balik bilikkk!




teeet......teet.....teeeeet.......teeet..... (dupdapdupdap)

"Hello, Fakrul, ada kat mana sekarang ni?"


"Haa? Ada dalam bilik la. Kenapa?"



"Hmm...turun tingkat bawah kejap boleh tak. Nak suruh tolong temankan naik tangga, ada lelaki kat situ. takut. Nak naik lif tapi dah pukul 12 lebih ni, tak boleh dah lah. Aci tak?"





"Ok-ok..kejap...nanti tunggu kat tangga eh."



"Orait!"





Phewww....lega sungguh! Nasib baik la ada mamat nih. Kalau tak, menangis tak berlagulah kat situ sebab mata pun dah mengantuk. Nak tidooooo....



Sampai je depan bilik, dia pun bagitau,  "Ketuk la dulu, karang takde orang pulak dalam bilik."


dan...saya hanya tersengih...



Segan sebenarnya nak call Fakrul, mintak tolong..sebab baru je lepas gaduh dengan dia.... *malu
Lain kali taknak dah gaduh dengan dia... menyesal.    (T_T)



Hihihi...baiklah. Nasib baiklah ada awak ye Fakrul! Terharuuuuuu!



Terima kasih kawan!


p/s : pengajaran kali ni, jangan lepak bilik orang lama-lama sangat!huhuhu


notaharini: aku sedang belajar erti menghargai orang yang menghargai aku... :)

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Friday, October 21, 2011

Korang yang kapel..tau tak ni?


Assalamualaikum.....tak nak cakap banyak hari ni..
Nak share satu video ni je.





Dan...kakak saya pun ada pesan...



"Kita kalau nak bina rumahtangga yang berkat, jangan sesekali mulakan dengan yang haram. Yang penting Allah redha. Buat masa sekarang tak payah sibuk-sibuk nak cari lagi. Belajar je dulu... Kalau ada jodoh, adalah"




Walaupun ayat ni pendek je, tapi tetap terKESAN di hati ini...


Pray for me to be the best doc-to-be! Ganbatte! Fighting!




p/s :  Tatkala jatuh cinta pada seseorang, ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya. Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang hanya dapat dibuka saat waktunya tiba



Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Thursday, October 20, 2011

Break up...its not the end!


Apabila...anda telah break up. Believe me, it's not the end of everything but it's only the beginning of something new in your life.


Tak perlulah kita nak meraung, melolong kesedihan, tergolek-golek atas jalanraya semata-mata kerana kecewa. Cuma kita perlu ingat. Allah dah aturkan perjalanan hidup kita. Sebagai hamba-Nya, kita perlulah menerima takdir itu dengan hati terbuka.






Tipulah kalau tak sedih kan? Memandangkan masing-masing pun dah besar panjang, apa kata atasi kesedihan tu dengan cara yang paling bijak.Daripada duk emo-emo, ambik pisau toreh tangan,gila namanya. Lebih baiklah ambil wuduk, dan mengaji. Mengadulah pada Dia. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Allah, The Almighty One.






Mungkin sekarang kita tak tahu lagi apakah yang tersembunyi di sebalik perpisahan ini. Tapi bersabarlah.
Sabar itu sebahagian daripada Iman.





Biasalah, setiap permulaan pasti ada penghujungnya..


see?


Memotivasikan diri balik itu adalah perkara yang sangat penting!! *alert
Jangan biarkan diri anda terjatuh kedalam gaung yang terlalu dalam. Selamatkanlah sementara masih berpeluang. 




Jangan lupa, gunakanlah kewarasan anda untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan. Bersedialah untuk menjadi yang terbaik pada masa hadapan kelak.





Insya Allah..masih ada insan yang lebih baik menanti dirimu.




 p/s : sy redha...... chill....
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Wednesday, October 19, 2011

GG! SNSD....Bring THE BOYS out...


Setelah banyak teaser pasal video ni keluar...akhirnya yang betul-betul punya dah dilancarkan hari ni..
19  Oktober 2011..




Aku rasa macam dah addicted dgn SNSD a.k.a Girls Generation sebab diorang ni lawak! Nak-nak Hyoyeon. Yuri pulak lawa. Yoona si comel. Sooyoung si kaki panjang. Taeyeon suara best. Seohyun yang lurus bendul. Tiffany the smiley eyes. Jessica yang blur. Sunny yang cute!

Masing-masing ada kelebihan masing-masing..

Kalau tak caye, try la tengok Hello Baby SNSD...


Ce tengok video ni... si lawak Hyoyeon!


I Love GG! xoxo................


Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Tuesday, October 18, 2011

Bersukan tapi tak berpeluh...

Setelah berhempas pulas menghabiskan medical check up yang sangat mengerikan, jaja dan kawan-kawan yang lain berjalan-jalan sambil menghilangkan segala STRESS di jiwa.. Macam mana procedure test tu? Hmm, biarlah rahsia. Kita datang negara orang kafir, takleh nak samakan dengan tanah air tercinta, Malaysia.. Sistem sini agak kuno la, Malaysia is better!

Suhu hari ni…
2011-10-17 14.17.53
sejukk..tapi better dari kelmarin sebab kelmarin 0 degree, hidung pun dah hilang kemana, dah tak rasa. hahaha….
Haa! haritu jaja ada terjumpa orang buat ‘freeshow’. Freeshow yang senonoh ye kawan-kawan. Jangan salah faham..

video





Kat sini memang banyak freeshow macam ni, so agak enjoy kalau tengok. Yela, jaja kan berjiwa muzik. Set band kat sekolah dulu.. wah, rindunya nak main trumpet! Sad smile
15
kenangan dulu-dulu……



Jaja nak tanya ni…. Korang, Halloween dah dekat ke? Sebab…..banyak banner halloween tergantung kat mall.
DSC00377DSC00378
*musykil-musykil.. Hari Hantu pun nak sambut jugak. Ntah hape-hape…






Dan….walau di mana sahaja kamu berada…jangan lupa untuk solat. Wajib!

solat 2solat 1solat 3
Ni gambar masa kitorang involvekan diri dalam KASUKI (Karnival Sukan Kita). Time ni waktu Zohor dah masuk , so apa lagi.. ambik wudhu’ dan solat berjemaah. Lain sungguh  rasanya bila menjadi muslimah di negara orang. Lebih terasa ke’muslimah’an itu.



Jaja main futsal………kitorang hampir menang tau tak!! 1-0… Hmm, takpe-takpe, tahun depan cuba lagi. Hoyeahhhhhh! Ganbatte!
Team kitorang bertajuk..eh…tajuk pulak, bernamaaa…. KITKAT HEBAT! Semua pakai baju warna Pink gituuu… Go pinky go pinky!

SAM_1082SAM_1087
SAM_1096
muka frust sebab KALAH! Arghhh… =_=’


Hambikkkk….semua gambar kau nak sumbat dalam satu entri…hahahaha. Sori kalau page lambat loading disebabkan gambar-gambar yang terlalu over bilangannya nih.
he…he…he…..
p/s : thanks kpd kak-kak yang terlibat dalam menganjurkan pertandingan ni! Spasiba balshoi..




Tuesday, October 11, 2011

What a tiring day...


Assalamualaikum!

Entri kali ni dimulakan dengan nada jeles + iri hati + cemburu...kerana.........

kerana...........




Arghhh! mana aci kan.. kawan-kawan yang lain semua dah nak habis 1semester.. Aku? Aku bila lagi??
Kelas pun belum start lagi, huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!



Mama! nak balik!! *tetibe je





Hmm, 15Oktober ni ada 'Entrance Exam'.. Berdebar jugakla.. Harap-harap boleh score tinggi-tinggi.. Tapi, nak markah tinggi kena la ada usaha. Ye dak? Memandangkan jaja pun belum mula study lagi ni, tu la berjalan je memanjang kan. Padan Muka!  (=_=')




Esok dah nak start study lahhh! Saya jeles kalau tengok orang lain study ni, sebab saya nak jugakkkk!
*daku sedar siapa diriku, xgifted..so kena usaha lebih! caiyok!






Korangggg....tau tak, tadi kan.. Ada latihan kebakaran kot.. Sebab masa dengar announcement kat speaker tu, memang tak faham langsung. Bahasa Rusia laa, tak pandai.. huhuhu...
So, bila MAMA = WARDEN kami suruh turun, kami pun dengan pantasnya mencari kelibat tangga dan menggunakannya...





Tingkat 13 kottttt! Letih gilaaa! Nak naik turun tangga bukan senang! Sampaikan masa sampai tingkat bawah tu, memang blur lah sebab tak faham announcement tadi kan.. so , bila semua manusia kat situ start gelak-gelak pastu naik ke bilik masing-masing.. So, macam dah boleh agak.. Latihan kebakaran kot.. KOT je la.. saya pun taktahu...hahaha



Tu la pentingnya ENGLISH RUSSIAN education! *gaya Usop Wilcha





pengumuman..ni bukan tangga hostel saya sebab yang saya punya lagi 'antik'.....hahaha





dan saya S.E.M.P.U.T....kerana terlebih menggunakan khidmat SI TANGGA KERAMAT itu..



Sekian terima kasih =p



Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Monday, October 10, 2011

Insya Allah =)




 Doa seorang kekasih... (^_^)



Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Terbaiklah!!!


Beginilah suasana di waktu pagi hari.... Subhanallah, cantikkan?




masa duduk kat Malaysia takde pulak nak ambik gambar pepagi hari camni.. hahaha...


Tapi.......comel kan langit tu... (0_0) kan? kan?


Tadi, kitorang pergi jalan-jalan kat rumah senior, ada jamuan makan sikit.. Bestlah, senior kat sini semuanya sporting!! Baik pulak tu! Wahhh, sukanyaaaa! 

Dan hari ni agak 'malu' laa..sebab masa kat rumah senior tadi, jaja tumpang duduk atas katil dia.. Taktau la macammana, buas sangat kot Andai itu Takdirnya, katil tu berbunyi! Macam bunyi katil patah youuu.. Takut kemain lagi aku ni.. Yela, dahla datang rumah orang, jahanamkan pulak hartabenda dia.. Haduihhh..
Takpatut betul... 


Sorry Kak Iman...(pemilik katil itu)

Maafkan saya...maafkan saya...maafkan saya....Wahai kakak comel, maafkan saya.. OK? Cun! 
Hahaha...

On the way balik tu, ada la budak 2 orang ni haaa! 
Siapakah mereka?? Sila tengok gambar di bawah.........



Nahhh! gambar besar gedabak dah ditampal di blog ni..
Puas hati tak? kekekeke
(tuan punya gambar, jgn marah, cool2 sudahhhh)






p/s : harap-harap ada lagi jamuan lepas ni, whoaaa, bolehlah makan puas-puas.. ngee~

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Friday, October 7, 2011

Merewang ke Pushkin & Metropolis


Hello!! Berjalan-jalan itu merupakan satu aktiviti yang MELETIHKAN.....huhuhu....


METROPOLIS!



Jaja baru je lepas melawat bangunan tersergam indah bernama METROPOLIS buat kali kedua.. Yelaaa, kitorang nak cari 'bubble' untuk winter ni.. Takut-takut tak tahan sejuk karang, takde la BERBUNGKUS je dalam selimut tu kan..hahaha


Bubble tu apa? Ishh, ni bukan buih-buih macam dalam akuarium tu.. Ni bubble macam.. Haa! Macam gambar kat bawah ni.





Bubble ni memang efficient la kalau guna masa winter. Ada je yang boleh bertahan sampai 
-10darjahcelsius..Tapi atas jenis bubble la..so kena pilih elok-elok. Bubble ni jenis baju dia macam ada gelembung-gelembung udara, so bila anda memakainya, terasa 'keep warm' gitu..anda juga akan merasakan diri seperti GIANT! Besar kot! *tetibe rasa gemuk semacam pun ada...effect gelembung tu la







Setelah berpusing-pusing 3/4 mall ni, akhirnya TERJUMPALAH bubble comel untuk dibeli.. Harga dia ada la dalam 2500 Rubel, bermakna kalau duit Malaysia berjumlah RM250. Memang Berbaloi!! Kat kedai lain semuanya mahal..Pokai la ambe duduk sini.... Mana taknya, Moscow kan taraf hidup tinggi.. Semua barang boleh dikatakan MAHAL...tapi kalau rajin 'menyelongkar' harga, mungkin la boleh jumpa yang murah-murah sikit.


Malangnya....saya agak malas untuk melakukan perkara sedemikian...teheeeee...



Disebabkan hari ni saya bersiar-siar dengan kawan-kawan dan juga Si Fakrul, so TERbanyak jugakla gambar kami berphotoshoot bersama.. Alaaa, photoshoot la sangat....kehkehkeh....





ehem ehem....bajet jadi artis jap..hahaha









merindukan ORANG JAUHHHH...ohoi~












We......Cousin Forever...Eceehhh...

Sebenarnya...gambar ni dah menjadi kontroversi kat Fesbuk.. SWEET la, TOMEY laaa.. haduihhh..
Sabar je la kami layan korang punya komen sampaikan penuh kotak notification.. (=_=')

Rilek r..gambar je pongggg......kikiki



Hai, Fakrul, apa khabar?? (^_^)






p/s : gambar takdela comel sangat sebab kami bukan guna DLSR, guna kamera biasa je punn.....




Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Wednesday, October 5, 2011

PROJEK itu musnah!!!


Assalamualaikum.......




Yoo! Hari ni sangat stress sebab ketika aku sedang menyiapkan satu PROJEK yang amat bermakna dengan menggunakan lappy cabuk  ni, tetibe je dia jadi 'not responding' then 'close'.....


Hoihoihoi...ni bikin wa panas derr....agak-agak r nak bergurau pun..
Karang tak pasal-pasal wa campak lappy ni, wa jugak yang susah...Lu apa tau....Hishh...
*pengaruh tengok cite KL Gangster, korang dah tengok belum??




PROJEK APA?? Haa! Nanti dah siap boleh la nak tunjukkan.. I need more days to fix it..
Huwaaa, dugaan..0h.dugaan.....






*********************************************************




Misi hari ni ialah TERPERAP je kat rumah, so tak pergi mana-mana.. VERY BORING youu.. Tapi nak buat macam mana kan, kalau selalu keluar merayau-rayau, jadi kutu rayau pulak.. Taknak lah.. Taknak jadi KUTU, taknak...taknak..taknakkk....



"PANGGGGGG!!!!!!APEKEHAL BISING SANGAT NI..kan dah kena pelempang.."
kata MAK JAH kepada JAJA



Ok...fine...SILENT MODE......


Tapi bila masa aku bising...aku hanya menulis..salah ke?


DAN


Aku rasa seperti, entri ini dah mengarut..jalan cerita pun entah ke mana.. Tak termasuk lagi plot, klimaks, dan peleraian....Semuanya hancur.....

Mungkinkah ini petanda untuk aku mengundurkan diri....hahaha....
Till next post! Wassalam



p/s: sorry for the inconvenience....

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Tuesday, October 4, 2011

Lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik...



Saya berjalan-jalan di 'wall' kawan-kawan dan terjumpa status ni..








Betapa saya menghormati pernyataan ini... Adakah anda juga sama seperti saya???
He.....he....he......


Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Monday, October 3, 2011

Tak baik tau.....


Suhu hari ini ialah.............................................





Dan......suhu ini sangat menyejukkan...serius, tak tipu.....*ni belum masuk winter lagi
Nak-nak kalau ada angin bertiup kencang... memang menggigil laa wehhh.... rasa macam nak balut badan dengan comforter jeee..pastu golek-golek... mesti best.. hahahahahaha


Haa! 2 hari lepas jaja pergi kat kelas anatomy.....tempat tu macam cool je.. 

ni macam kawasan untuk orang study...



tempat study....cool tak? 



Hari ni pulak, hari yang sangat scaryyyyyyyyyy!!!
 Tadi masa kami jalan-jalan... Ada 2 orang lelaki Rusia tahan kami, diorang siap men'depa'kan tangan lagi... Konon-konon taknak bagi laluan la.. Geram gila kot!! Yelaa, badan diorang tu dah la besar, tinggi pulak tu.. Jauuuh berbeza dengan kami        =_='

*kami ni kecik, tak berapa nak tinggi, cute pulak tu...aigooooo.....


Nasib baiklaaa, last-last tu diorang bagi jugak laluan.. Kalau tak, I Dont Know What to Say laa... Speechless....



Alhamdulillah, tuhan bukakan pintu hati diorang supaya hentikan kekacauan/pengusikan dekat kami...
=)












Duduk oberci ni kena KUAT! katakan tidak pada 'bar'! 
*sila tgk jari sy







Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA