Friday, May 20, 2011

Bertunang di bawah para sedar!! part 2


Baiklah, hari ni nak sambung pasal TUNANG..siapa-siapa yang belum baca hari tu, klik SINI

hey youuu, bukan sebab i gatal oke! tapi sebab nak share ilmu. Baik tak? hehehe
*penampor nak?

(0_0)

Disebabkan, TERtunang ni adalah satu perkara yang agak serious, so jom ramai-ramai kita baca entri ni dengan dahi berkerut dan mata tersembul ke depan. Erk??


seperti ini....heeee



Banyak jugak lah kemusykilan dengan istilah TERTUNANG tu, so jaja pun capai handset dan tanya pada orang yang ilmunya seluas lautan, Fuyohhhh...

Dan, perbualan Kami pun bermula....


Soalan PERTAMA

Jaja : As-salam, kak N, boleh terangkan tak pasal tunang. Ada tak sebab-sebab yang memungkinkan kita tertunang tanpa sedar?


Kak N : Waalaikumussalam, maaf lambat. Akak akan terangkan apa yang akak tahu. Tunang dalam islam bertujuan untuk saling kenal-mengenal dan mengangkat dua manusia untuk berbincang tentang perkahwinan mereka. Camne eh, nak terang kat sini..Tunang ni kalau ikut adat Melayu tak sama dengan apa yang dibenarkan Islam. Terjadinya pertunangan bilamana ADA SEORANG LELAKI DAN PEREMPUAN BERKAWAN ATAS DASAR MEREKA MEMANG NAK KAHWIN, jadi tanpa sedar mereka ni sebenarnya dah bertunang, kerana tiada istilah kapel dalam islam. Faham tak? Akak tak tau nak terangkan pada jaja dalam mesej, coz ramai yang salah faham tentang bertunang. Bertunang tak semestinya kena datang rumah dan bagi cincin pada wanita, itu adat melayu je. Tak faham bagitau ea.



Soalan KEDUA

Jaja : Kalau macam tu, yang duk kapel-kapel tu dikira bertunang la yer?

Kak N : Bertunanglah kalau diorang memang rancang nak kahwin. Walaupun bertunang, itu bukan tiket untuk bercinta, juz mengenali mereka melalui mak ayah mereka atau adik-beradik mereka. Sekarang, orang kapel tu bukannya betul ikut islam.



Soalan KETIGA

Jaja : Tapi kan......ada tak lafaz tertentu dulu baru dikira bertunang?

Kak N : Tak jugak. Tapi bila konfem betul kita ni bertunang, pihak lelaki kena serious. Contohnya dia kata, kita berkawan ni untuk berkahwin 2 tahun lagi. Tapi walau macam mana sekali pun, berkawan-kawan tu untuk kahwin, bukan saje-saje nak bercinta.




Soalan KEEMPAT

Jaja : 0o...bergantung pada niat jugaklah.. Papepun, Terima kasih =)

Kak N : Sebab biasanya, orang ni main-main, dalam fikiran diorang just nak main-main je, tak fikir nak kahwin. Macam ibarat dah tanamkan dalam fikiran bahawa BAHAYANYA KALAU KAHWIN, ramai je pasangan yang bercintan-cintun bagai nak rak tapi taknak kahwin.
Ok, sama-sama


*****************************************************

So, how do you feel after reading this entry.
Anda tergolong dalam golongan yang DAH tertunang atau TIDAK?

p/s : baru sedar yang diri ni masih kekurangan ilmu..... (=_=)

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

8 comments:

Unknown said...

jajaaaaaaaaaaaaa!!!aku rasa mcm dah ja.siyes ni

amir z said...

da bce dh........mdh ngt nk tunang............kih3

Misz Jenny said...

angkasa :

haaa! so congrate la, kau dah pun btunang...

:p

Misz Jenny said...

teh askar :

memang la mudah, sebab tu kena tau..

Izyan Masri said...

AMBOIII,SERIESNYA MUKA DAK KECIK TU.KIHKIH XD

Misz Jenny said...

Kak Yan :

same je cam muka kak yan, lalalala

Sharifah Aniza Ali said...

errrr mknanya sblom ni sy dh btunang la...tp da ptus la..sbb dia da blah n tunang ngn owg len lak..haha...adeh! mmg byk g xtau ni....

Misz Jenny said...

cpahniza :
Insya Allah la kot..

tapi scara tak rasmi..

tu kata, kena gali byk2 ilmu nih, kalu tak, susah laa