Showing posts with label Reka-reki. Show all posts
Showing posts with label Reka-reki. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

Dear.



thumbs up for the picture during anatomy class! hahaha...





Dear, 

There’s no a day that I can live without you,
There’s no a time that I’m not thinking about you,
Even If i had given the chance to live without you,
I will Say NO.
NO! I wouldn’t do that.
Because without you I’m nothing,
Without you I’m weak,
Without you my days will be full of tears,
And even to smile, can be the hardest thing to me,
Honestly.

So,
In any conditions,
especially during your up and down,
I will always choose to stay by your side,
To cheer you up when you’re sad,
To bring back your smile,
To give you the strength,
To make you feel like you’re everything,
Yes, you’re everything to me,
Starting from this day,
And will be forever,
Until the day I die,
I will always love you.

It’s not like that I want to be the only girl in your life,
But I just want to be the only one that matters after your mum.

I loved you yesterday,
I love you today,
I will love you tomorrow,
I always have,
And I will always love you forever,

Will you stay with me forever?



p/s : LOL XD, i don't know why i'm writing this. seriously. (=_=)'...by the way, hi guys! sorry for the late update. see yaa!

p/s2 : this entry belongs to nobody.. :)
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Tuesday, January 31, 2012

Fahamilah diriku..


Badanku letih. Betul. Kerja sebagai seorang doktor sememangnya memenatkan. Aku melihat jam tanganku. Sekarang sudah pukul 5.00 pagi. Mungkin beginilah nasib menjadi seorang doktor, on-call itu pasti ada. Tapi aku tak pernah menyesal menjadi seorang doktor kerana aku ingin berbakti kepada negara, aku suka menolong orang lain. :D Itu lah cita-citaku sejak kecil lagi.
Disebalik keletihan, terselit kegembiraan..






Di dalam hatiku...aku terlalu risaukan tentang seseorang.








Sesampai di perkarangan rumah. Aku lihat dari luar, kawasan ruang tamu rumah kelihatan bercahaya. Ish, mungkin suamiku terlupa untuk 'switch off'kan lampu. Letih bekerja agaknya.








Aku berdiri di depan pintu utama. Masih mencari-cari di manakah kunci rumahku di dalam beg tanganku. Sebelum sempat aku membukanya, tiba-tiba pintu itu dibuka dari dalam. Kelihatan kelibat suamiku. Dia bercekak pinggang. Tiba-tiba dadaku berombak kencang melihatkan wajahnya yang bengis. Seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.









"Assalamualaikum"......aku memberi salam, namun tidak berjawab. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam, namun tidak dihiraukan. Aku tarik kembali tangan itu dengan hampa.








"Kenapa kau balik lambat haa? Dah lupa rumah kat mana ke? Ataupun kau ada jantan lain kat luar sana? Manalah tahukan, orang BERKERJAYA macam kau ni kan ramai orang nak, tak mustahil kau pasang dua!"
suamiku bertanya garang dengan nada sinis.








Aku letih. Aku tak larat untuk melayan kerenahnya lagi. Tiap-tiap kali lepas on-call, dia selalu bertanyakan soalan sama padaku. Aku biarkan saja. Aku ingin segera berehat. Mataku mulai layu. Langkahku ku atur ke tandas. Untuk membersihkan diri dan untuk mengerjakan solat Subuh.





Sebelum sempat mengorak langkah,
tiba-tiba aku dapat merasakan tanganku disentap kasar dari belakang. Badanku berpusing ke belakang, menghadap tubuh suamiku yang tinggi dan tegap. Aku gugup.







"Hoi! Jawablah! Kau ingat aku tunggul ke?"...ya itu suara suamiku.



"Kenapa diam??"





"Sa...sa....sa...yaa....on..call, jadi..........."


Belum sempat aku menjelaskan perkara sebenarnya
Pangg..pang....panggg......pipiku ditampar berkali-kali...Perutku ditumbuk tanpa rasa belas kasihan.
Aduh sakitnya.






Badanku terketar-ketar. Aku jatuh terduduk. Aku usap pipku. Pedih. Perit.
Bibirku berdarah.. Aku ingin bangun kembali, tapi.. Aku lemah. Air mata jernih menitis menuruni pipiku.
Memohon agar dirinya mengerti keadaan diriku walaupun aku tahu itu mustahil.






Aku tak kisah dipukul..bagiku itu hanya sakit luaran. Tapi dalaman ini lagi menyakitkan.Hati ini terluka bagaikan dihiris-hiris sembilu saat dia yang sepatutnya mempercayai aku lebih daripada orang lain merupakan orang pertama menuduhku bukan-bukan.. Aku kesal.






Sungguh. Aku tak berdaya melawannya. Aku letih. Cukuplah dengan bebanan kerja. Kali ni ditambah pula dengan cemburu suami yang tak bertempat. Ya Allah bantulah aku. Aku hanya hambaMu yang lemah.
Sekali lagi aku cuba untuk bangun, tapi semakin lama..pandanganku kabur. Semakin kelam. Dunia terasa berpusing dan gelap.



Adakah ini masa terakhirku? Andai ajal itu datang, aku terima.





Marry someone who expects less and accepts more. 
Someone who realises that you tried, 
not someone who reminds you that you promised.



The happiest couples never have the same character. 

They have the best understanding of their differences
quotes from thebestquotes











pengajaran : Find someone that will cherish you. Who will protect you by yourside, who will stand beside you when you're sad and someone who will make you stay just the way you are. :D


Notaharini: Jangan terpedaya dengan CINTA BUTA.


Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Thursday, May 5, 2011

Si Mulut Laser dan Si Mulut Banyak.... Part 1

Pagi yang gelap, di tengah cerah..aku adikmu dan engkau abang. Aku amat merindui kamu, yeahhh..


Nama aku Julia, aku suka sangat menyanyi.Tapi disebabkan aku duduk di kawasan perumahan, aku terpaksa kontrol 'volume' suara aku ni. Karang tak pasal-pasal kena hempuk dengan kuali jiran sebelah rumah.

Bercakap pasal jiran ni, aku ada sorang jiran yang sangat SENGAL. Kalau kami terjumpa je, mesti nak bergaduh. Nasib baik tak bertumbuk sebab dia tu lelaki, aku ni perempuan. Adab sopan haruslah dijaga. Chewaahhhhh.... Nama dia Farhan.

Pada suatu hari : 

Aku ternyanyi sambil menjemur baju-baju di ampaian luar rumah

 ♪ ♪  Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihat mu dewasa
Apa daya, Tuhan lebih menyayangi mu.. ♫ ♩

woooohhhh huwohhhhhhh yehhhhhhhhiyeeee....

(sambil pegang penyapu yang telah bertukar menjadi mikrofon)

*Rupa-rupanya ada sepasang mata bulat yang memerhati si Julia

Woi! Kau ingat suara kau tu sedap sangat ke? Macam katak je der. Ni nak masuk AF pun tak lepas weh, dah-dah la tu.. Perasan bagus. Puihhhh...

Hoi mangkuk! Kau apehal? Macam pondan, sibuk jaga tepi kain orang. Ada ke aku mintak pendapat kau? Takde kan? Suara kau pun apa kurangnya, macam Tikus... Wekkk.

Amboi...senangnya kau berkata-kata. Tahi telinga aku ni dah pedih dengar suara kau tau. Kita ni satu perumahan Nenek Julia. Simpati la sikit pada kami yang terpaksa menadah telinga mendengar suara kau tu.

Kurang ajar! Siapa Nenek? Cait. Tak puas hati aku macam ni. (terus masuk ke dalam rumah)

Geramnya aku! karang tak pasal-pasal pasu bunga tu melayang dekat kepala dia, baru dia tahu Julia ni siapa. Grr.. Siap la kau! Tapi kann...bila tengok muka dia, macam iras-iras KIM JEONG HOON pun ada.

comel!

 Kalau dia tak suka cari gaduh kan best, boleh jugak jadi pakwe aku,wahaha...
Eh, apa aku melalut ni. Buang tabiat ke pe.
(kataku di dalam hati, sambil mulut terkumat-kamit tak ubah seperti seorang nenek)



Keesokan harinya, aku ke pasar, mencari siput sedut untuk dijadikan santapan pada hari ini. Siput sedut memang menggelikan, tapi dah nak buat macam mana, terpaksa. Mak aku nak singgah rumah, so kena masak makanan feveret dia. Julia anak baik kan... (perasan)
Tengah syok-syok berjalan sambil menyanyi, kepala pula diayunkan secara sederhana ala-ala amy search yang menyanyi lagu berjiwa slow, tiba-tiba beg tangan aku disentap dari belakang. Aku jatuh tersembam di atas jalan. Aku sentuh dahiku, terasa panas, ada darah yang mengalir pantas. Aku tak berdaya untuk bangun. Aku lihat kelibat seorang lelaki mendekatiku. Tapi belum sempat aku melihat mukanya, aku pengsan. Mungkinkah ini penamat hidupku? Maafkan aku mak abah. Ampunkan dosa Julia. Erk?


Aku memegang dahiku, sakit! Aku membuka mataku perlahan-lahan. Tiba-tiba terdengar suara mak. Eh, mak??

Julia? Dah bangun? Macam mana dahi tu? Sakit lagi?

Hmm..Sakit sikit je mak. Mak! Macam mana Julia boleh ada kat rumah ni? Bukan ke tadi..........

Haa!!! tadi, jiran sebelah kamu yang dukung kamu balik. Kesian mak tengok dia, berpeluh-peluh mengangkat kamu. Kamu tu dah la berat macam anak gajah. Sebenarnya, dia tu pergi ke pasar jugak pagi tadi, lepas tu masa kamu kena ragut tu, dia ternampak. Hajatnya nak tolong dapatkan balik beg tangan tu, tapi bila nampak kamu pengsan, terus aje ringan tangan dia menolong kamu sampai ke rumah. Baik kan budak tu?

Erkkk....
(terdiam seribu bahasa, tak tau nak kata apa, hatiku menduga, siapakah lelaki itu, adakah Farhan, si mulut laser?)




tiba-tiba je rasa malas nak sambung..korang rasa nak lempang tak?? hahaha....






Salam SERIBU kali sayang JAJA
           

Thursday, March 17, 2011

It's a Story about me and you



Aku termenung sendirian di birai katilku. Memikirkan tentang sesuatu yang telah mambuatkan jiwaku tidak keruan beberapa hari yang lepas. Aku secara tak sengaja telah berkenalan dengan seorang jejaka yang bernama Faris semasa kami sama-sama menghadiri ceramah kerjaya di Batu Pahat. Sewaktu Faris sedang bergegas untuk pulang, dia tiba-tiba terlanggar bahuku, menyebabkan gelas yang berisikan air teh tumpah serta-merta. And the most important thing is, air teh yang tidak bersalah itu telah mengotorkan dan membasahkan baju si Faris. Oh my GOD!! Aku tergaman. Terkejut yang amat. Aku berasa sangat bersalah. Akhirnya, berbekalkan mukanya yang sentiasa poyo tu, dia hanya sempat mengukir senyuman kepadaku dan berlalu pergi sebelum aku sempat mengucapkan "Awak, maafkan saya".

 Suatu hari, aku pergi ke sebuah taman permainan yang sangat comel dan 'colourful'. Aku ingin melupakan wajah Faris yang sentiasa berlegar-legar di ruang mindaku. Kerana dia, banyak 'assignment'ku tak dapat disiapkan dengan sempurna. Aduhai, adakah ini cinta pandang pertama? Wahai hati, jawablahhh...
Pandanganku terpaku tatkala melihat seorang budak perempuan yang sangat seronok bermain buaian sambil ditemani ibu bapanya. Si anak berceloteh tanpa henti, Si Ayah dan Mak mengiyakan sahaja.
Sedang asyik melihat gelagat mereka, aku seakan tertarik untuk mengetahui siapakah lelaki berbaju coklat yang sedang asyik membaca buku. Khusyuk sungguh nampaknya. Kalau letak bom kat sebelah pun tak perasan kot. Buku apa la agaknya. Hmm... Haa! buku Love Story?? Waa..jiwang jugak mamat ni rupanya.
Aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mencuri-curi pandang ke arahnya. Bagiku, bukan calang-calang lelaki yang berminat untuk membaca buku ini. Aku mesti tahu siapa pemiliknya!

Gotcha!!! Alamak! Mata kami bertaut. Lidah terkelu, hati merapu, wajah di kontrol ayu. Dia tahu aku sedang memandang ke arahnya, tapi aku saja buat-buat tak tahu. Hihihi. Dia mengangkat sebelah keningnya terhadapku. Aihh, macam pernah kujumpa, tapi di mana yaaaa. Ya Allah! FARIS!
Malu tahap gaban dibuatnya. Dah la tertangkap dengan dia masa tengah syok skodeng tadi. Haduih, kacau betul la. Tapi aku tetap maintain cool. Itulah satu kelebihan yang aku ada. Muka blurr. Walaupun cemas/ kalut/ gelabah, muka aku tak pernah mencerminkan perkara-perkara sedemikian. Muka kosong, tak ada perasaan, and i really love it....*mmuahhhh*..

Faris mendekatiku. Dup....dap....dup....dap....dadaku berombak kencang. Wajahku bertukar menjadi power rangers merah jambu (muka blushing lorh). Rase macam nak blah je dari sini. Tapi mana boleh, rugi la aku nanti. Nanti tak dapat borak dengan Faris. Aku membuat keputusan muktamad. Aku tidak akan berganjak dari situ.Huh..

Assalamualaikum. Eh, macam pernah jumpa je.
 Tasya kan? Buat pe kat sini? Nak join budak-budak tu main jugak ke?

 
Waalaikumussalam wbt. Eh, tak la, saje-saje tengok 'anak' main kat 'playground' nih.
Takut karang kena culik ke, hape ke, susah pulak saya dibuatnya. So, lebih baik saya berhati-hati.
Encik Faris buat apa kat sini? 

What?? Anak?? You ni dah 'married' eh? (ternganga mulut dia kes  tak percaya punya pasal)
Saya memang selalu lepak kat sini. Best. Tak ada gangguan seksual..hahaha..
(mak oihh, biar betul??) 

I'm single la..
:p
Sape la yang sudi nak syok dekat saya yang cun melecun+ayu ni...
Gangguan seksual? biar betik???

Yela tu. Still tak percaya. Gangguan seksual?
Melawak je la, tidakku sangka, orang yang bernama Tasya ni lurus bendul jugak eh..
Hakhakhak (ketawa dengan zalim yang amat)
Oh yaa, memandangkan kita da terjumpa kat sini..
I'm really interested to make you my...................

Your what?????

My wife!! Nak tak?

Rahangku dah terjatuh secara mendadak..ishhh, dia ni, takkan laa..
(mataku terbeliak seperti harimau yang sedang kebuluran)

Tiba-tiba dia tersengih nakal.

Wahai Sharifah Natasya binti Syed Ihsan, awak memang macam 'straw'
Lurus bendul. Hailaaa, saya nak jadikan awak kawan saya laa..
Will you?? Sudi ke tak ni?

Heeeeee....di saat mukaku merah padam menahan malu, aku hanya mampu membalas persoalan itu dengan
satu anggukan sahaja...Fuhh, legaaaa..

Melihatkan hari sudah senja, aku meminta diri untuk pulang ke rumah.
Hati aku berbunga gembira apabila  bertemu dengannya.
Tak sabar rasanya menunggu hari esok.
 Hari baru yang bakal penuh dengan kemanisan persahabatan yang baru di bina.



Tak mustahilkan kalau persahabatan kami bertukar kepada percintaan?

p/s : tataw nak sambung ke x cite nih


Tuesday, March 15, 2011

Pantun 2 kerat...


Desiran ombak memukul pantai..
Jaja di pinggir duduk bersantai...

Teringatkan si Dia yang jauh di mata..
Walaupun jauh kami sentiasa ceria..

Dalam perhubungan ada turun naiknya...
Kadang2 moody xtentu hala...

Hanya satu sahaja penawar yang ada..
Atasinya dengan bersikap jujur walaupun pahit terasa...

Perasaan rindu mencengkam kalbu
tapi ku pasti tidak sehebat rinduku pada-Mu

Bila berdekatan terasa ke'nervous'an...
Bila berjauhan terasa kehilangan...

Tapi jauh2 pun taklar sampai tak berhubungan..
kerana kami same2 ke'fesbuk'an..

Siang malam ncet di tangan
takut nanti xsempat nak meng'reply'kan

Sebenarnya jaja tengah tak ada kerja..
Duk melalut dari pagi hingga ke malam buta..

Bosan melihat butang new post x ditekan
Akhirnya jaja ambik kesempatan..

Pantun ni da jadik cam sampah..
Sebab jaja semakin menyampah (xde idea sudah)

Jaja pun akhirinya dengan ucapan Assalamualaikum wbt.
hak3...

*da lame tak berpantun...akhirnyaaa.....hari ni ialah harinya...hik3