Thursday, May 5, 2011

Si Mulut Laser dan Si Mulut Banyak.... Part 1

Pagi yang gelap, di tengah cerah..aku adikmu dan engkau abang. Aku amat merindui kamu, yeahhh..


Nama aku Julia, aku suka sangat menyanyi.Tapi disebabkan aku duduk di kawasan perumahan, aku terpaksa kontrol 'volume' suara aku ni. Karang tak pasal-pasal kena hempuk dengan kuali jiran sebelah rumah.

Bercakap pasal jiran ni, aku ada sorang jiran yang sangat SENGAL. Kalau kami terjumpa je, mesti nak bergaduh. Nasib baik tak bertumbuk sebab dia tu lelaki, aku ni perempuan. Adab sopan haruslah dijaga. Chewaahhhhh.... Nama dia Farhan.

Pada suatu hari : 

Aku ternyanyi sambil menjemur baju-baju di ampaian luar rumah

 ♪ ♪  Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihat mu dewasa
Apa daya, Tuhan lebih menyayangi mu.. ♫ ♩

woooohhhh huwohhhhhhh yehhhhhhhhiyeeee....

(sambil pegang penyapu yang telah bertukar menjadi mikrofon)

*Rupa-rupanya ada sepasang mata bulat yang memerhati si Julia

Woi! Kau ingat suara kau tu sedap sangat ke? Macam katak je der. Ni nak masuk AF pun tak lepas weh, dah-dah la tu.. Perasan bagus. Puihhhh...

Hoi mangkuk! Kau apehal? Macam pondan, sibuk jaga tepi kain orang. Ada ke aku mintak pendapat kau? Takde kan? Suara kau pun apa kurangnya, macam Tikus... Wekkk.

Amboi...senangnya kau berkata-kata. Tahi telinga aku ni dah pedih dengar suara kau tau. Kita ni satu perumahan Nenek Julia. Simpati la sikit pada kami yang terpaksa menadah telinga mendengar suara kau tu.

Kurang ajar! Siapa Nenek? Cait. Tak puas hati aku macam ni. (terus masuk ke dalam rumah)

Geramnya aku! karang tak pasal-pasal pasu bunga tu melayang dekat kepala dia, baru dia tahu Julia ni siapa. Grr.. Siap la kau! Tapi kann...bila tengok muka dia, macam iras-iras KIM JEONG HOON pun ada.

comel!

 Kalau dia tak suka cari gaduh kan best, boleh jugak jadi pakwe aku,wahaha...
Eh, apa aku melalut ni. Buang tabiat ke pe.
(kataku di dalam hati, sambil mulut terkumat-kamit tak ubah seperti seorang nenek)



Keesokan harinya, aku ke pasar, mencari siput sedut untuk dijadikan santapan pada hari ini. Siput sedut memang menggelikan, tapi dah nak buat macam mana, terpaksa. Mak aku nak singgah rumah, so kena masak makanan feveret dia. Julia anak baik kan... (perasan)
Tengah syok-syok berjalan sambil menyanyi, kepala pula diayunkan secara sederhana ala-ala amy search yang menyanyi lagu berjiwa slow, tiba-tiba beg tangan aku disentap dari belakang. Aku jatuh tersembam di atas jalan. Aku sentuh dahiku, terasa panas, ada darah yang mengalir pantas. Aku tak berdaya untuk bangun. Aku lihat kelibat seorang lelaki mendekatiku. Tapi belum sempat aku melihat mukanya, aku pengsan. Mungkinkah ini penamat hidupku? Maafkan aku mak abah. Ampunkan dosa Julia. Erk?


Aku memegang dahiku, sakit! Aku membuka mataku perlahan-lahan. Tiba-tiba terdengar suara mak. Eh, mak??

Julia? Dah bangun? Macam mana dahi tu? Sakit lagi?

Hmm..Sakit sikit je mak. Mak! Macam mana Julia boleh ada kat rumah ni? Bukan ke tadi..........

Haa!!! tadi, jiran sebelah kamu yang dukung kamu balik. Kesian mak tengok dia, berpeluh-peluh mengangkat kamu. Kamu tu dah la berat macam anak gajah. Sebenarnya, dia tu pergi ke pasar jugak pagi tadi, lepas tu masa kamu kena ragut tu, dia ternampak. Hajatnya nak tolong dapatkan balik beg tangan tu, tapi bila nampak kamu pengsan, terus aje ringan tangan dia menolong kamu sampai ke rumah. Baik kan budak tu?

Erkkk....
(terdiam seribu bahasa, tak tau nak kata apa, hatiku menduga, siapakah lelaki itu, adakah Farhan, si mulut laser?)




tiba-tiba je rasa malas nak sambung..korang rasa nak lempang tak?? hahaha....






Salam SERIBU kali sayang JAJA
           

12 comments:

Izyan Masri said...

MAK PESAN JANGAN NYANYI BAWAH AMPAIAN.HAHA.TIBA2 :D

miss afifa said...

eh..eh..ada cite pasal siput sedut la kat sini..hehe

Fakrul Airul said...

jannah nie,,, baek la jannah citer psal baby...

misz molecule said...

amoii..nyanyinye dye

Misz Jenny said...

Kak Yan :

Ni mesti kes slalu nyanyi bwh ampaian..haa!!!

Misz Jenny said...

Miss afifa :

diambil inspirasi dari sukasuki..
tercerita lak pasal siput shedutt..
haha

Misz Jenny said...

Fakrul :

ni kan blog sayeeeee....
sukahatisaya laa..geram tak?

Misz Jenny said...

MiszM:

tu r, mcm penyanyi antarabangsa je!!

hik3

fadh leyanie said...

FUHYO..kene dukung..pasti ni jatuh cinta la..haha:) cam dlm hindustani

Misz Jenny said...

Fadh leyanie :

keh3.... kena dukungggg..
*pengsan

Izyan Masri said...

BACA TAJUK DAH TAKUT.MULUT LASER DENGAN MULUT BANYAK XD

Misz Jenny said...

Kak Yan :

uihh, rajin betul kak yan bw..
hahaha