Wednesday, May 9, 2012

Zoo! =)


 Assalamualaikum! :)



Hari ni, kami pergi zoo! So, kami perlulah melalui Metro (keretapi bawah tanah) yang bernama.....

Metro Barrikadnaya
(korang boleh baca tak? )

Masa mula-mula sampai dekat zoo, tu ada Russian tegur saya. Dia seorang wanita. Mengandung anak kedua. Suaminya sedang mendukung anak yang pertama. (dah macam karangan pulak.. =_=). Tapi diorang ramah. Suka!!! (^_^)



Lupa pulak nak tanya nama dia apa. hihihihi..

Dia : Excuse me, Where are you from?

Saya : Me? I'm from Malaysia. How about you? Here?

Dia : Yes! 

Saya : Your english is very good! Not many Russians here know english very well.

Dia : No no.. i'm a bad english speaker. (sambil tersenyum)

Saya : Noo... your english is the best! (thumbs up)

Dia : Btw, i had been to Malaysia.

Saya : Oh really??? Where.

Dia : Langkawi...Your people is very nice. I like it. <3 

Saya : Thank you :))))

Dia : We got to go now. See you again.

Saya : да да .. до свидания (tetibe, aku pulak yang tercakap bahasa rusia,hahaha)


Dia memang very nice! Jadi mood ke zoo hari ni ialah ceria! 
Nak kata banyak haiwan dalam tu, takdelah banyak sangat. Semuanya dah tengok mase kat Malaysia. Zoo kat Moscow tak best sangat. Best yang dekat Malaysia lagi. Siap ada keretapi kan? Boleh tengok haiwan dari dekat. Kelas kauuuu haaa...

 ca.ca.ca.cameleon!!


Tapi time jalan-jalan tulah, langit semakin gelap. Menandakan nak hujan. Dahlah tak bawak payung hari ni. Takdok apolahhh.. Mandi hujan kitorang hari ni.  Takpe yang penting dapat tengok beruk maknyeh, ular, beruang kutub, flamingo, ayam serama, seladang, katak besar, tupai terbang, blablablablabla..


Mama saya kata, "bagus jugak pergi zoo, boleh hilangkan stress" :)

Jadi jomlah ke zoo! Hoyeahhhhh!






Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Monday, May 7, 2012

Semangat itu perlu!



We want what we can't have, we crave those who hurt us and we desire the touch of those who reject us. Human nature.
Assalamualaikum w.b.t.
Setelah sekian lama tak menyinggah kat blog ni, akhirnya hari ni tercapai jua. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk terus hidup pada hari ni. Alhamdulillah. Korang macam mana? Sihat? Apa khabar Iman? Apa khabar Hati?
(^_^)
 Hari ni nak cerita pasal exam. Huhhh! Saya ada exam esok nih! tapi macam tu lah, ada lagi tajuk-tajuk penting yang belum dibaca. Kan best kalau nak exam, kita rebus je buku-buku yang perlu dihafal tu,lepas tu minum. Insya Allah sakit perut. Bukan semakin ingat, tapi tak beringat! hahaha..

Esok sebenarnya ada exam Histology. Patutnya dah 2 minggu yang lepas, tapi cikgu sakit. Cikgu saya ni dah tua sebenarnya, datang kelas pun bertongkat, cuba korang bayangkan betapa kuatnya semangat dia untuk mengajar sampaikan umur dah berusia pun sanggup lagi datang. Habis tu, takkan la kita sebagai student yang MUDA trangtangtang ni taknak bersemangat jugak? ye dak??

Jom tanamkan semangat dalam diri supaya rajin belajar! Kurangkan benda-benda yang tak berfaedah tu.
Ingat, study tu untuk memperoleh ilmu dan memantapkan diri, bukan sekadar untuk lulus exam.
sekian, nak sambung study balik KOT.. (^_^)

Doa-doakanlah ye.

 
 

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA