Saturday, December 31, 2011

Abah...rindu...


 Tanpa dirimu siapalah aku..





Betapa hari-hariku di sini sunyi tanpamu...
Merindukan wajahmu, suaramu dan kasih sayangmu...



31 Disember 2011, genaplah abahku berumur teeeeeeeeeeeeeeeeeeeet....hahahaha..


ABAH! SELAMAT HARI JADI!
We love you!!!!




Pengorbanan abah memang dah banyak sangaaaaat.


*****

Teringat dulu zaman kecik-kecik. Orang lain datang sekolah, mak bapak diorang turunkan sampai depan pintu pagar besar tu je. Tapi adik beradik jaja, semuanya abah akan hantar sampai ke kelas. Lebih detail lagi, sampaikan ke dalam kelas, dekat meja tempat duduk. Sepanjang perjalanan ke kelas tu, abahlah yang tolong bawak beg-beg kami yang superheavy tu. Terima kasih abah!




Tiap-tiap hari abah hantarkan bekalan makanan, duit. Kadang-kadang, masa waktu tengah hari, abah jenguk kami. Takut-takut tak makan lagi breakfast/ lunch. Abah memang caring sangat-sangat!






Semalam..tepon abah sebab nak wish happy birthday la kan.. nasib baik abah angkat.


Abah : Assalamualaikum, sihat?
Jaja : Alhamdulillah, sihat.. abah? tengah buat apa tu? 
(buat2 tanya, padahal mmg dah tau abah terbangun dari tido sebab dengar bunyi deringan handset)


Abah: Abah sihat je. Hmm... dah pukul 12.30 malam kan..
Jaja : * nakallah abah saya ni..nak suruh wish bday cepat2 la tu..sebab dia pun letih kot, ganggu waktu tidurkan


        "Abah, Selamat Hari Jadi! Semoga berbahagia dunia akhirat, jaga diri eh"




Abah : Terima kasih. Jannah pun belajar elok-elok. Semoga berjaya dan belajar bersungguh-sungguh.


and the conversation go on and on..until jaja kata, dah lewat ni.. Kesian abah nak tido.. hikhikhik





Hari ni kami adikberadik berpakat buat status khas untuk abah..



kakak farah:


jaja:


adik najah :



adik daus :


see, dp kami pun sama...kecuali yang adik lelaki...



Kadang-kadang, bila dah jauh dari family, baru la tahu kita terseksa jiwa raga. (sebab rindu)



Distance makes you realize that you really love him.....very much..

 jaga diri tau abahh! :)






Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Sunday, December 25, 2011

Short Entry..






Agree??



(0_0)






Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Wednesday, December 21, 2011

M.A.L.A.S dan anda akan menyesal.


Assalamualaikum,

aku menulis entri ini di kala kemalasan melanda diri. Aku jeles tengok rakan-rakan lain sibuk stadi, sampaikan ada yang kata stadi 24jam sehari, 7 hari seminggu. Korang memang bakal doktor yang hebat! Tabikkkk.



Kadang-kadang aku ada berfikir, aku datang sini dengan niat untuk belajar kerana Allah. Untuk menjadi doktor, membantu orang ramai kerana Allah. Takkanlah aku mahu tersungkur di tengah jalan sebelum masanya. Tidak! Aku tak nak. Jika orang lain berjaya, apa kurangnya aku. Aku pun boleh, Insya Allah.









Bila aku rasa malas sangat-sangat. Aku suka pasang lagu ni..





Aku suka semua lirik dia especially..


"Sometimes its just get to much, I feel like that I've lost touch"


"I know the road is long, make me strong"




Kalau aku rasa malas, aku suka update blog, sebab ni salah satu cara untuk memotivasikan diri. Macam aku bercakap/ monolog sorang-sorang dalam hati. hahahaha.....








Jom, nak kongsi ayat Quran yang boleh dijadikan panduan bila malas atau sebagainya






Surah ke-7(Al-A'raf), ayat 201

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari Syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya"






So, kawan-kawan..kalau ada rasa malas nak stadi, muhasabah diri balik.Betulkan niat kita. Ingat apa tujuan kita belajar, bukan sekadar untuk exam tapi untuk bekalan di dunia dan di akhirat. Ilmu Allah itu kan luas.



how about you?



Semoga hari korang indah @ have a nice day...




Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Monday, December 19, 2011

19 Disember 2011(Khas untukmu)


Assalamualaikum...

Yeah.....sudah 19 Disember rupanya.. (waktu Malaysia la kan)

Jaja bertungkus-lumus menyiapkan sesuatu yang istimewa untuk yang tersayang. Harap dia hargai.
Dari pagi lagi dah start buat ni haa...



Opocot!!
tengok.....

Nak cepat punya pasal, tertulis Happy Birtday pulak..
=_='





Ok, repair-repair..cepat-cepat tambah 'H' dekat situ..

 OK...baru ejaan betul



Najah! Happy Birthday!!!
Sweet 14!






Setelah jaja berhempas-pulas meredah salji yang tebal.. Inilah hasilnya..
Ya Allah, sejuk gilaaa...
Tiba-tiba rasa macam jadi snowman Snowgirl..erkk..hahahahaha































Akhirnya...videoku berjaya membuatkan adikku terharu..

hikhikhik..


mane video?? Eh tak boleh.
Khas untuk adik jaja je...


Gumbiranya hatii.....
*puas hati.....


Semoga terus berusaha supaya kejayaan milik kita bersama! Ganbatte!




Okelah, sejuk sangat redah salji + ribut tadi..
Misi berbungkus dalam selimut pulak. babai..
hehehehe




notaharini: Distance means nothing because you're always in my heart.





Jauh di mata dekat di hati, 
Kerana dirimu sentiasa kuingati.





p/s : thanks a lot to cameragirl! I heart you.. :p


p/s lagi : i can't see your tears because everytime i see it, i just wanna cry along with you..


p/s lagilagi: sweet tak?


Ya Allah please make me strong...
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Saturday, December 17, 2011

Airmatamu lebih berharga. Jangan bazirkan keranaku.






Maafkan aku andai mesejku telah mengganggu rutin harianmu.

Maafkan aku andai kata-kataku membebankan hatimu

Maafkan aku andai rasa rindu ini menyusahkanmu

Maafkan aku andai perlakuanku tidak menyenangkanmu




Tapi yang pasti.



Aku tahu kebenarannya.
Aku terlalu merindukanmu wahai Bobo.






Namun aku sedar, hidup perlu diteruskan. Hmm, biasalah kadang-kadang teringat balik dekat kawan-kawan lama kan..



Strong people know how to keep their life in order.
Even with tears in their eyes, 
they still manage to say "I'm ok" with a smile
:D



and i'm ok. (^_^)
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Friday, December 16, 2011

Jika hari ini sahaja aku diberi peluang untuk bernafas..


buat full screen..baru best.


Insya Allah, dalam sehari kita ada 24 jam.
Apa kata kita gunakan beberapa minit dari 24 jam tu untuk menonton video ni.


Tak rugi pun. Insya Allah




Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Sunday, December 11, 2011

TCS - 1



Ok, ni status pilihan a.k.a THE CHOSEN STATUS (TCS) untuk malam ni.

Thousand likes!


Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Saturday, December 10, 2011

Hachummm....hehe




ok..nak post gambar je..


Selamat Hari Sabtu..
(^_^)

babai!


Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Friday, December 9, 2011

Apabila hijab dihargai.....


Assalamualaikum.


Lepas balik je dari kelas, jaja dan roomate pergi cari mama a.k.a warden hostel ni sebab ada masalah dengan hostel card.



So, kitorang singgah la bilik warden tingkat 12. Alhamdulillah, ada orang. Masa kitorang pergi kat situ, dia jemput masuk. Then, dia tanya pasal tudung yang kami pakai, berapa harga? beli kat mana?
Masa tu terkejut jugaklah sebab tiba-tiba je dia nampak interested sangat dengan HIJAB.


Lepas kami sembang-sembang sikit, dia mintak nak try pakai hijab, ala-ala tudung ariani yang jaja pakai tu. And I'm gladly give a try to her.



Muka dia nampak cantik sangat. Putih bersih. Suci.



cantik kan?


Dia sangat-sangat gembira bila pakai hijab tu. Dia tanya, boleh tolong carikan tak tudung ni untuk dia satu. Kitorang macam blur je sebab bekalan tudung dari malaysia pun takdela banyak sangat. So, kitorang kata la, NEXT YEAR boleh???
*sebab tahun depan baru balik Malaysia kan, boleh la beli untuk dia satu


Dengan pantasnya dia gelengggggkan kepala. Dia nak pakai secepat mungkin.



(0_0)  = k.a.g.u.m. dengan semangat dia



Seriously, masa ni memang macam dah terharu gila kot. Bila jumpa orang yang hargai hijab macam ni, terasa kecil diri ini. Cuba kita bayangkan, dekat Malaysia, berapa ramai muslimah yang semakin lama semakin mengasingkan diri daripada hijab. Berapa ramai sangat yang Islam tapi tak menutup aurat. Ramai yang mengaku diri mereka muslim/muslimah tapi hanya pada mulut, pada IC dan tidak pada perbuatan.



Cuba hayati balik kisah dekat atas tu. Warden ni kata, dia sejak kecil lagi dah Islam, tapi tak pernah didedahkan dengan Hijab. So, bilamana dia tengok ramai muslimah dari Malaysia yang pakai hijab, dia jadi tertarik dan dengan sendirinya nak berhijab jugak.



Keikhlasan datang dari hati. Bukan boleh dipaksa-paksa.
Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati dia.. :)





p/s: last week senior cerita ada muslim kena tumbuk dengan set-set anti Islam sampai longlai...

-selamatkan daku dari sebarang bencana, masalah. Amin

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Sunday, December 4, 2011

Married?


I was sitting and looking at something.....



Ada sepasang suami isteri yang sangat sweet tengah jalan-jalan. Diorang ni manisss sangat sampaikan jaja pun naik jeles bila tengok. Dua-dua bakal doktor, study dekat negara Rusia, Universiti yang sama. Tiap-tiap kali kuliah memang nampaklah diorang ni, duk bertempek-tempek, dah macam kena lekat dengan gam gajah dah kot. But its ok la sebab they're married.




Tapi, di sudut hatiku yang paling dalam, terdetik satu persoalan. Perlukah diorang terlalu menunjuk-nunjukkan 'kebahagiaan' mereka tu? Perlu ke? Kadang-kadang mereka ter'over' dalam menunjukkan kasihsayang itu. Yes, I know that they are HALAL to each other, but ada jugak batas-batasnya kalau depan orang ramai kan. Islam is beautiful in its own way.






Namun, bila Allah kata dah tiba masanya untuk tunjukkan kebenaran sebenar, kebenaran akan terbongkar jua..


Dalam satu hari tu, jaja tengok diorang dalam lecture hall. *terngintai, ops.
Lepas tu, jaja bagitau la dekat kawan sebelah ni, "weh, sweetnya diorang tu, ada handbag suami tolong pegangkan, bila isteri sakit suami yang jagakan."



Cemburu +_+



Tiba-tiba kawan jaja buat muka annoying, dan kata;


Hahahaha, tu ke yang awak kata sweet, romantik bagai. Tu, diorang belum kahwin lagi la. Apa faedahnya kita duduk puji-puji diorang buat maksiat, dah macam orang bodoh tau tak. Diorang tu acting je macam dah kahwin, tapi sebenarnya BELUM!





So please, Don't judge a book by its cover. Don't judge people through their acting, because someday you will regret..........................like me.....







Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA