Tuesday, March 22, 2011

KETIDAKSUKAAN + KETIDAKPUASAN HATI...

Beberapa hari yang lepas....jaja ada sedikit ketidakpuasan hati kepada mereka-mereka ni.. Ketidakpuasan hati bukan bermakna membenci oke...



1) Makcik Pakcik yang curik tulang keluar ofis.
Mana taknya, penuh kedai makan tu diorang serbu. Nak kata breakfast hour, tak laa kot sebab masa tu dah pukul 10 pagi. Ada ke bos sediakan breakfast hour? Yang jaja tahu, wujud lunch hour je..
Korang ni memanglaa...jaja pun nak makan jugak, so angkat kaki dan chow lorh, pergi sambung kerja nuh..
Syuh...syuh..syuh..penyibuk antarabangsa betul..
Apa salahnya kalau jadi The Best Worker of The Year...haha..

2) Gadis Melayu Islam yang berpakaian sendat.
Katanya tutup aurat, tapi kalau seluar jeans tu sendat macam balut nangka, tu apa maknanya?
Sendiri mau ingatlah, jangan berdalih lagi. Kalau dah memang jeans tu sendat, pergi la tukar yang lain.
Agak kurang sopan bila mengenakan pakaian sebegitu. Bukan setakat kurang sopan, pahala pun kurang..
Hailaaa...bukan nak sakitkan hati mana-mana pihak, sekadar peringatan.

Ada satu kisah di Acheh, masa lepas aje Tsunami berlaku, mereka pun pakat duk cari la mayat-mayat kan, nak tengok ada tak yang kita kenal. Seorang nenek tu, pakai kain sarong dengan baju labuh, tapi hairan sebab pakaiannya tidak 'ditarik' Tsunami.Seorang gadis yang memakai jeans sendat, hampir keseluruhan jeans tu terkoyak rabak dan hampir tertanggal. Bayangkan, jeans yang ketat, boleh pulak nak tercabut. Semuanya kuasa Allah. Jangan sampai kita tak sempat nak bertaubat sudah.

3) Lelaki yang 0ver.
Bergurau pun over, bercakap over. Mulut tu memang sah takde insurans. Apatah lagi nak jaga hati wanita..
Tak mungkinlah. Cepat-cepat la berubah. We need you in a new version please.



4) Orang yang memang bijak tapi buat-buat malu nak mengaku
Bijak itu satu anugerah. So tak salahkan kalau ada kawan puji kita bijak, kita angguk-angguk dan sambil tersenyum..
Ni tak, dari pagi sampai tengah malam duk bergaduh pasal isu sape yang sebenarya bijak. Buang masa je la wehh.. Baik pergi study.....heeeeee...

5) Perempuan yang dah tak ada topik lain, melainkan topik lelaki...lelaki...lelaki..kalau best takpe jugak, bleh aje nak consider.
Kemonlah, kalau sekali dua tu boleh tahan lagi. Ni kalau dah tiap-tiap hari duk menjaja sana sini alkisah story dye dengan laki dye.. Sape-sape pun boleh naik menyampah. Betul tak? Kalau ada kawan sebegini, nasihat-menasihati laa sikit. Telinga pun da naik bernanah..ish3..

*TWINku..bukan anda oke..hehehe
6) Perempuan yang.....

7) Lelaki yang....


Ok..stop...stop...stop....


Entry dah habis. Kalau anda rasa anda tergolong dalam golongan yang disebutkan. Sila jangan terasa hati. Jaja cuma ambil kesempatan menegur sahaja. Untuk kebaikan bersama jugak an..
Walaupun Jaja taklaa baik sangat, tapi nasihat-menasihati sesama muslim tu kan penting.
Macam dalam Surah Al-Asr..

Peace no war!!

SALAm SeriBu KaLi SayAng..........

6 comments:

Anonymous said...

Haha macam tau je saya terasa ;/ thanks for the advices btw :)

Misz Jenny said...

diyana :

sy taw laa awak tu macam mane..


kan mirna? hihihi

welc...

Tengku Hanif said...

haha...huhu :P

Misz Jenny said...

Tengku :

:)

Tengku Hanif said...

guane snyum je...haha

Misz Jenny said...

Tengku :

senyum itu kan sedekah