Assalamualaikum =)
First-first sekali jaja nak bagitahu sedikit ketidakpuasan hati kerana semua rakyat terengganu boleh cuti hari ahad lepaslepas sebab Terengganu menang bola kan.. Tapi kami yang duduk kat kolej ni, tak dapat cuti sebab kitorang ada kelas Bahasa Rusia!!!!! Lecturer Rusia ni bukan faham pun pasal cuti-cuti negeri nih.. Huwaaa....tacing giler.. sobsobsob
Argh, cerita lama..buat apa nak ungkit-ungkit.. Redha je laa....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Haaa! Nak cerita ni. Pada suatu hari kan, jaja mesej la sorang kawan ni. Jaja tanya dia....
"Apa yang awak akan buat kalau awak tahu ada orang mengumpat belakang awak"
Jawapan dia simple je, tapi agak menusuk kalbu la..ni haaa
" Redha je laa... Tunggu je Tuhan balas"
Ayat kedua tu memang tersentap sikit la. Sebab jaja pun pernah jugak 'buat ketupat' ni. Sape la yang tak pernah kan? Hmmm....jom muhasabah diri. Banyak jugak dosa yang kita dah buat tanpa kita sedar kan.
Memang kita manusia biasa yang selalu buat salah, silap. Tapi Insya Allah kita dapat perbetulkan tingkah laku kita seandainya kita lebih mengingati dan menyayangi Allah S.W.T.
:D
Jaja pun dah malas dah nak terlibat dalam aktiviti kurang sopan ni. Cuba kita fikirkan...
"Sempurna sangatkah diri kita sampaikan kita tergamak menghina, mencaci kelemahan orang lain?"
Nak-nak kalau kita kutuk fizikal dia, tu dikira sama je macam kita mengutuk ciptaan Allah...kan?
So, walau siapa pun kawan/bakal kawan kita tu, cubalah untuk terima dia seadanya.
Belum cuba, belum tahu...
im nothing without you....friend...
A True Friend is Someone Who understands your PAST,Believes in your FUTURE, and accepts you today JUST THE WAY YOU ARE... =)
p/s : thanks for being my friend! love you!!! muahahaha
notaharini : nak baca bio ke tak eh?
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA