Saturday, November 26, 2011

Kawan lama....rindulah...


Assalamualaikum.......entah kenapa...


Sehari dua ni aku rasa sedih...sebab.....aku teringatkan kawan-kawan......


Masa aku study, aku ingat masa kita buat study group sama-sama. Bising. Riuh rendah. Macam kita je yang nak study. hahaha... Tapi, kat sini..kebanyakannya suka study sorang-sorang. Senyap je. Tak segembira dulu. Style diorang kot.. entahlah..





Masa aku makan, aku teringatkan Dewan Makan kita. Tempat wajib untuk berborak-borak sambil makan. Kadang-kadang  kalau ada kawan makan tak habis, ada je yang tolong habiskan. Kan???
Kat sini jugakla tempat mengumpat kak dewan makan.




sokseksoksek.....eh, tadi kak ni muka masam je dengan aku masa letak makanan dalam pinggan aku, bila bagi makanan kat set-set lelaki, senyum bukan main lagi.......blablablablablablabblabla.. cuba tengok abang dewan makan tu, kacak jugak.......potpetpotpet.....



Masa aku buat assignment/homework/notes, aku teringatkan korang..kawan-kawanku....
Aku ingat lagi masa aku tak mampu untuk buat semua kerja sekolah sebab susah, aku mintak tolong korang.  Bila aku tak faham apa yang cikgu ajar, korang la yang ajarkan balik. Serius rinduuu....... Kat sini, kebanyakannya kawan-kawan baru. Bijak. Kadang-kadang aku segan nak mintak tolong dengan diorang.
Tapi ada je yang membantu......



Masa aku tengok handset.....aku rindukan message korang. Dah lama message korang tak memenuhi inbox aku. Tak lagi seperti dulu.. Dulu kan, kalau raya je, mesti handset tak abis-abis berbunyi.. Tanda message masuk tanpa henti.  Sekarang dah lain, masa raya Aidiladha pun Alhamdulillah, aku bersyukur sebab masih ada kawan-kawan yang ingati aku. Thanks a lot!!!



Dulu dan sekarang.......banyak sangat perkara yang berbeza. Betullah ramai orang kata, zaman sekolah menengah, ialah zaman terindah. Aku takkan lupakan kenangan tu. Insya Allah, selagi hayat masih dikandung badan...



Frienship never ends!






F5 banders 2010....





Jane-my bed......hahaha





Sahabat lama takkan pernah sama dengan sahabat baru...





Indahnya persahabatan...Kita bertemu dan berpisah kerana Allah. 






Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Sunday, November 20, 2011

Cite dah lama tapi nak cite jugak...hahaha


This story....happened on 14th of November 2011...



Pagi tu.....ada lecture Chemistry. Tapi disebabkan terbangun lewat, alaaa, bukan lewat sangat. Pukul 6.40 dah gerak pergi bus stop. Kalau kat malaysia, takdenye awal macam ni kan? Tempat lecture pun mesti dekat je dengan hostel. Huhuhu



Mula-mula, kitorang naik lif. Tunggu punya la lama,nak buat macam mana lif bukan main 'uzur' lagi. Kalau jual dekat besi buruk tu, konfirm lakuuu...



Masa kitorang dalam lif tu, sesak sangat. Semua pakai bubble. Lagi la makan ruang, 12 orang kesemuanya, 2 org Arab, 1 org chinese, 9 melayu (kami). And then, bila dah sampai tingkat satu, boleh pulak lif tu naik balik. Dan...........



The elevator was stucked between the first and second floor. =_='


Semua yang dalam lif tu macam terkejut kot. Nak-nak kitorang yang masih setahun jagung lagi kat sini. First time tersangkut dalam lif. Lama jugak, dalam 1jam setengah. Oxygen pun tak berapa nak cukup. Tapi, walaupun kami tersangkut dalam tu, kami tetap tak tinggalkan solat. Kitorang dapat pengalaman solat dalam lif. Alhamdulillah, semua yang terjadi ada hikmah-Nya.



Lepas je lif tu berfungsi balik....semua happy sebab akhirnya dah boleh keluar tapi frust sebab dah terponteng lecture kimia.


Banyak lagi kisah yang terjadi haritu. tak sempat kejar bas, sesat tak jumpa kelas, dahlah jauh.. 4jam pergi balik. Bazir masa je..


Jadi kepada anda yang belajar di Malaysia. Bersyukurlah dengan kemudahan yang ada. Malaysia is the best!
Just be thankful to Allah.....



the snow is everywhere... Hihihi



p/s: k.nana, who are you????

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Saturday, November 19, 2011

Cara Solat Sunat Taubat.. :D


Manusia....memang tak lari dari membuat dosa. Tak kiralah dalam keadaan sedar mahupun tak. Yang kecik mahupun besar. So....here it is..


Jaja nak kongsi pasal, Solat Sunat Taubat.. (fully copied from NURJEEHAN)




Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah:Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
Untuk pembacaan lanjut tentang taubat — http://nurjeehan.wordpress.com/tag/taubat/
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.



*****************************************************************

Harap info ni berguna untuk sesiapa sahaja yang singgah dekat blog ni.. 



Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Wednesday, November 9, 2011

When a thing called 'miracle' happens!


Assalamualaikum....


Hari ni satu 'miracle' telah terjadi dengan izin Yang Maha Agung, iaitu Allah S.W.T.



Pagi tadi..jaja kena pergi kelas sebelum Subuh, tu rutin biasa bagi pelajar kat sini ye. Subuh sekarang dah makin lambat, pagi tadi pun pukul 6.57 a.m. Kitorang gerak pergi kelas pulak pukul 6.30, so haruslah solat dalam perjalanan kan... Walaupun kelas start pukul 8.30a.m, kitorang kena pergi awal sebab tempat belajar hari ni 'agak' jauh. Di, Ismailovskaya. Kenal tak?? hehehe...




Time dalam bas on the way ke gerabak metro@train tu, jaja pun solat subuh. And then, kitorang sampai la kat Metro Station Bieleva. Takdelah sesak sangat. Tapi terhimpit jugak, sebab orang-orang sini kan besar gedabak. (=_=)'


Lepas tu tetibe je..........



"Eh, beg aku! *tengok blkg, aik..xde.."


"Astaghfirullahalazim....Masya Allah....tertinggal dalam bas"
*Lepas solat tadi terlupa nak galas balik beg tu..



Jaja....pergi kelas biology hari ni dengan muka yang sangat takleh blaaaa....Yela, beg tertinggal. Semua barang-barang ada dalam tu, except dompet and passport sementara. Alhamdulillah, semua dokumen penting masih ada.


I lost my labcoat, biology textbook, gloves, notebook, pencil case, calculator.
:(




Haruslah bad mood kan? Tapi, jaja sabar. Tak nangis. Because I know, there must be a hidden reason why Allah test me like this. Atleast i know, He still loves me. He still remember me.





On the way back after biology class, i went to the supermarket, to buy the stationery and a few notebooks. It's compulsory. Kalau takde, macam mana nak belajar. Dahla pergi tinggalkan beg galas merata-rata. Tak prihatin la awak ni jaja...huhuhu...



Tapi....tapi....tapi....lepas balik dari supermarket tu. Jaja naik bas.
(^_____________________________________________________^)

*beginilah saya senyum..kerana...........................................



Mase naik bas tu.....
Drebar bas tu tanya, Milik Siapakah BEG GALAS ini? *in russian langguage. Ya Allah, Alhamdulillah! Rasa macam nak meloncat-loncat je dalam bas tu sebab hepi sangat!!! Seriously.. In this very BIG city, with the population of millions people, how can you find back your bag and pick up the same bus???



But, there is the only one answer...only one...




Allah. Allah helps me. Praise to Him... Alhamdulillah, Alhamdulillah and Alhamdulillah.... Tak sangka boleh jumpa balik bas tu.




Lastly......Hari ni ada SALJI! Excited sangat!
:P

i hope i have the chance to make this.....snowman!




p/s : Jaja pun tepon family, nak bagitau pasal ni. Pastu mama bagitau, patutla mama tergerak hati nak solat hajat semalam. Ada hikmahnya.....





notaharini : 
~Jangan kamu ingati Dia hanya ketika waktu susah. Sesungguhnya Hidup kita hanyalah untuk-Nya.







Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Sunday, November 6, 2011

Selamat Menyambut Raya!! *wpun jauh di mata, tapi dekat di hati...


Bila je jaja bukak fesbuk......penuhhh dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha....bukan di wall saya, tapi semua duk pakat post status lebih kurang sama pasal raya kat wall masing-masing....





Duduk jauh memang agak terkorban jiwaraga bila masuknya tarikh menyambut hari raya tanpa kehadiran keluarga di sisi. Sedih tu memang wajibalghunnah! Nak-nak bila dengar takbir raya, teringat semua kenangan  masa sambut raya kat Malaysia. Nak nangis...  (T_T)



Tapi tu la, tabah tu mesti kalau duduk obersi. Hati kena kuat, Mental kena sihat.. Insya Allah kamu hebat!
*tetibe lak jadi pantun




Semalam, kitorang buat Iftar sekali dengan sisters. Happy sangat! Diorang memang baik, sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak buat iftar sekali. Setakat yang jaja tahu, iftar ni majlis bukak puasa, kan? Betulkanlah kalau silap. (^_^)



Lepas kitorang beriftar tu, ada la takbir raya sikit-sikit......sebakkkkk........




Sobsobsob....

Belajar kat luar negara best..tapi kalau RAYA sangat la tak best......










Selamat Hari Raya Aidiladha semua!!!
Really miss you.... 
:'(





p/s : suhu hari ni -9degree.....sejuk gila...terketar-ketar aku....


air atas jalan pun dah berubah jadi ais..bayangkanlah betapa sejuknyaaaa...


Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Friday, November 4, 2011

Dulu..jika disebut lelaki... sekarang?




LELAKI...

Dulu, bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira.

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokohnya sedikit sekali,
Ramainya,boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang dihati,
Lelaki kami menjaga,melindungi.

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al- Mu'tasim kebanggaan wanita.

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tidak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda.

Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al- Farouq, Zunnurain mati terbunuh.

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh.

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri sering bertingkah.
Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul..

(Dipetik dari Novel Syabab Musafir Kasih, karya Fatimah Syarha)

..Bangkitlah wahai para syabab harapan agama..dunia akhir zaman ini menanti keringat perjuanganmu!!!..moga setiap titis keringat yang tercurah terhitung dalam ganjaran-Nya..insyaAllah..ameen.



p/s : lupa dah copy dari mana......

Wednesday, November 2, 2011

You're precious to me....




I NEVER blame you for everything that would happen to me....


Never.....

Ever.....




I'm not letting you go...so please be my friend forever.. Can you?



p/s : sorry for all the mistakes that i had done........
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Save the date..


Assalamualaikum....




Save the date 1/11/2011.........that day should be the best day, maybe because of the "beauty" of the numbers. But who knows?



Yes.......tonight is the most wonderful disaster night for me.
:'(



Hoping for true friends to help me whenever I'm in trouble....but, there's no one... Not even a person. My hope is only a dream. Only a dream, not reality. I don't blame you for all the problem that i had until now. For me, you're one of the bestie that i had already known for many years.


Should i grab you and not letting you go? I already do it, but its up to you... What should i do?


Aku taknaklah terover sangat kan.. Seriously, aku sentap jugak bila kau buat macam ni kat aku. Aku tahu, siapalah aku ni bagi kau kan. Aku kawan kau ke? Kau kawan aku ke? Kita kawan ke?
Ok, fine. Tu takdir, aku boleh terima. Mungkin sampai sini je kot 'jodoh' kita. Mungkinnn..


Takpelah, aku sabar je, sesungguhnya sabar itu lebih indah dari segala-galanya..


aku tak sedih pun, aku nangis je...




Aku dah takde mood. end~









Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA