Assalamualaikum..
Orangkata....
"Jauh perjalanan....
Luas pemandangan...
Bertambah ilmu pengetahuan..
Hati pun jadi tenang..."
Setelah menaiki train selama 12 jam pada waktu malam.. Akhirnya keesokan paginya terpacaklah kami semua di Kazan, Tatarstan..
At first..kitorang semua macam malu-malu lagi la terutamanya Jaja (ok tipu!) sebab ada je kawan-kawan yang selalu terserempak kat moscow tapi dalam trip ni baru bertegur sapa. Bukan apa, tu la sebab MALU kononnya.. Padahal ok je berborak-borak lepas tu. Sampai lupa nak berhenti. hahahaha
Destinasi pertama semestinya lah hostel kami. Namanya Hostel Bulgaru. Bangunan biasa je tapi ok la kot sebab baru siap, ada lacking sikit-sikit je. Bersyukurlah ada tempat nak tidur kan daripada tidur tepi jalan, hee~
tengok tu..muka excited jumpa katil..hahahaha
Lepas siap-siap unpack barang. Kitorang pun pergi berjalan-jalan di sekitar Kazan ni. Subhanallah, pemandangannya, orangnya semuanya indah. (tiba-tiba rasa macam duduk kat m'sia).
Masjid pertama yang kitorang singgah ialah Masjid Qol Syarif iaitu masjid yang jaja nak sangat jumpa dalam entri lepas. Alhamdulillah, tercapai.
Apabila kita duduk di negara yang Islamnya adalah golongan minoriti barulah kita akan lebih menghargai Islam. Contohnya, lepas masuk je dalam masjid ni, kami terus beri'tiqaf dan tunaikan solat sunat tahiyatul masjid. Bagi kami bukan mudah nak tunaikan solat tahiyatul masjid kerana masjid di moscow takdelah banyak sangat, kalau ada pun jauh. So, takkan nak lepaskan peluang ni kan. :)
Kalau duduk kat m'sia, belum tentu lagi nak buat. kot.
Masjid Qol Syarif ni dibina sebagai tanda memperingati perjuangan Qol Syarif bersama anak-anak buahnya untuk mempertahankan Kazan serta memperjuangkan Islam dari serangan pihak Rusia. Sayu hati mengenangkan pejuang-pejuang Islam. Tanpa perjuangan mereka, terkuburlah Islam di sini. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh di akhirat sana.
Betul, jaulah kali ni sedikit sebanyak memberikan kesedaran dalam diri jaja. Contohnya, orang-orang kat sini bila bercakap, setiap percakapan mereka mengingatkan kita pada Allah.
Sebab apa jaja kata macam tu?
Sebab....Kadang-kadang,
kita lebih mengutamakan perkataan "WOW" daripada Subhanallah.
Kita mendahulukan "Yes, dapat!" daripada Alhamdulillah.
Kan?
Masyarakat Islam dekat sini sangat menghayati keindahan Islam itu sendiri walaupun mereka takdela ramai sangat tapi mampu untuk membentuk masyarakat yang bersatu-padu dan bertolak-ansur.
Antara doa-doa yang tidak dirugikan mustajabnya ialah
- orang yang teraniaya
- orang BERMUSAFIR
- doa seorang ayah kepada anaknya
Kita boleh je nak berjalan-jalan, ambik-ambik gambar semua kan, tapi alangkah bagusnya jika perjalanan kita tu terisi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Yang boleh menyedarkan kita supaya kembali kepada-Nya. Yang boleh menjadikan kita berfikir dan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Insya Allah. Kita berhak berubah (:
Semoga ukhuwah ini kekal.
Ukhuwah fillah abadan abada
Sahabat yang baik,
Apabila dipandang wajahnya,
membawa mengingati Allah,
mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu,
melihat gerak-gerinya membawa perasaan takut kepada Allah,
berkawan dengannya bererti berjuang ke jalan Allah.
p/s : banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi takpelah. lainkali pulak.. hihihihi
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
6 comments:
Cantik!
waa bestnyee...:)
bab sahabat tu sgt setuju..so pilih la sahabat tu yg betul2 baik,so kita pon insyaAllah akn jadi lebih baik..sebab "Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)
(^_^)
peliknya ejaan Februari & sabtu dalam bahasa rusia -_-
btw, jeles tgk dpat merantau jauh.
apa-apa pun, semoga jadi orang yang berilmu,baik dunia dan akhirat :)
jgan lupe org kat mesia ;p
@Fakrul :
kann? destinasi wajib pergi!
@Farid :
Insya Allah, btw thanks for the share! :)
@D-Sim :
unik kot..hahahaha
takyah jeles, duk mesia lagi best!!
:p
takdeee, tak lupe ehh
jannah !
tetiba rasa sebak bace entri ni :')
jage diri leklok kat sane..
insyaAllah, c u there !
@Mimi :
Alhamdulillah..
mu dpt rasa..keindahan Islam itu
:)
Post a Comment