Tuesday, January 31, 2012

Fahamilah diriku..


Badanku letih. Betul. Kerja sebagai seorang doktor sememangnya memenatkan. Aku melihat jam tanganku. Sekarang sudah pukul 5.00 pagi. Mungkin beginilah nasib menjadi seorang doktor, on-call itu pasti ada. Tapi aku tak pernah menyesal menjadi seorang doktor kerana aku ingin berbakti kepada negara, aku suka menolong orang lain. :D Itu lah cita-citaku sejak kecil lagi.
Disebalik keletihan, terselit kegembiraan..






Di dalam hatiku...aku terlalu risaukan tentang seseorang.








Sesampai di perkarangan rumah. Aku lihat dari luar, kawasan ruang tamu rumah kelihatan bercahaya. Ish, mungkin suamiku terlupa untuk 'switch off'kan lampu. Letih bekerja agaknya.








Aku berdiri di depan pintu utama. Masih mencari-cari di manakah kunci rumahku di dalam beg tanganku. Sebelum sempat aku membukanya, tiba-tiba pintu itu dibuka dari dalam. Kelihatan kelibat suamiku. Dia bercekak pinggang. Tiba-tiba dadaku berombak kencang melihatkan wajahnya yang bengis. Seperti ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.









"Assalamualaikum"......aku memberi salam, namun tidak berjawab. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam, namun tidak dihiraukan. Aku tarik kembali tangan itu dengan hampa.








"Kenapa kau balik lambat haa? Dah lupa rumah kat mana ke? Ataupun kau ada jantan lain kat luar sana? Manalah tahukan, orang BERKERJAYA macam kau ni kan ramai orang nak, tak mustahil kau pasang dua!"
suamiku bertanya garang dengan nada sinis.








Aku letih. Aku tak larat untuk melayan kerenahnya lagi. Tiap-tiap kali lepas on-call, dia selalu bertanyakan soalan sama padaku. Aku biarkan saja. Aku ingin segera berehat. Mataku mulai layu. Langkahku ku atur ke tandas. Untuk membersihkan diri dan untuk mengerjakan solat Subuh.





Sebelum sempat mengorak langkah,
tiba-tiba aku dapat merasakan tanganku disentap kasar dari belakang. Badanku berpusing ke belakang, menghadap tubuh suamiku yang tinggi dan tegap. Aku gugup.







"Hoi! Jawablah! Kau ingat aku tunggul ke?"...ya itu suara suamiku.



"Kenapa diam??"





"Sa...sa....sa...yaa....on..call, jadi..........."


Belum sempat aku menjelaskan perkara sebenarnya
Pangg..pang....panggg......pipiku ditampar berkali-kali...Perutku ditumbuk tanpa rasa belas kasihan.
Aduh sakitnya.






Badanku terketar-ketar. Aku jatuh terduduk. Aku usap pipku. Pedih. Perit.
Bibirku berdarah.. Aku ingin bangun kembali, tapi.. Aku lemah. Air mata jernih menitis menuruni pipiku.
Memohon agar dirinya mengerti keadaan diriku walaupun aku tahu itu mustahil.






Aku tak kisah dipukul..bagiku itu hanya sakit luaran. Tapi dalaman ini lagi menyakitkan.Hati ini terluka bagaikan dihiris-hiris sembilu saat dia yang sepatutnya mempercayai aku lebih daripada orang lain merupakan orang pertama menuduhku bukan-bukan.. Aku kesal.






Sungguh. Aku tak berdaya melawannya. Aku letih. Cukuplah dengan bebanan kerja. Kali ni ditambah pula dengan cemburu suami yang tak bertempat. Ya Allah bantulah aku. Aku hanya hambaMu yang lemah.
Sekali lagi aku cuba untuk bangun, tapi semakin lama..pandanganku kabur. Semakin kelam. Dunia terasa berpusing dan gelap.



Adakah ini masa terakhirku? Andai ajal itu datang, aku terima.





Marry someone who expects less and accepts more. 
Someone who realises that you tried, 
not someone who reminds you that you promised.



The happiest couples never have the same character. 

They have the best understanding of their differences
quotes from thebestquotes











pengajaran : Find someone that will cherish you. Who will protect you by yourside, who will stand beside you when you're sad and someone who will make you stay just the way you are. :D


Notaharini: Jangan terpedaya dengan CINTA BUTA.


Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Tuesday, January 24, 2012

Pesanan kepada bakal Suamiku...



Assalamualaikum...







Apa ertinya bahagia jika hati merana..
Apa ertinya cinta jika ia melalaikan jiwamu dari mengingati Allah..













Sungguh.....
Aku tak pernah menyatakan kamu bakal suamiku.
Aku tidak pernah memberi janji/ harapan untuk menjadikan kamu bakal suamiku.
tapi...







Apa yang aku pernah nyatakan ialah..





Aku mahukan suamiku seorang yang Soleh.
Aku mahukan suami yang Berilmu
Aku mahukan suami yang Beragama.
Aku mahukan seseorang yang mampu mengingatkan aku selalu pada Allah.


Insya Allah...




kerana hanya dengan itu mampu membawa Cinta kami hingga ke Syurga.






p/s : Jadi untuk mendapat yang SOLEH, aku akan berusaha menSOLEHAHKAN dulu diri ini.  :D


Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Sunday, January 22, 2012

Yummy!



Alhamdulillah..hari ni dapat jugak makan burger.
Burger ayam self-made.


Ala setakat masak burger je pun, maybe orang lain pandang remeh. tapi tak bagi kitorang.
Betapa susahnya nak cari burger ayam yang halal kat sini.
Kalau ada pun, mahal. Seperti burger kat bawah ni.


Nak makan mewah sekali 3 bulan boleh la kot. 

:D







sos kimball? malaysia mariiii.. 





p/s : terasa MAGGI di tempat asing begitu berharga.. :'(


Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Saturday, January 21, 2012

Random talk..














Sabar selagi mampu.





Hmm..kenapa perlu sabar? Oh sebab ada buat salah eh?
Eh, kalau macam tu kenapa buat salah?





Kita ni kan manusia, so memang tak lari la dari buat salah.





0o..ye ke? macam tu? tapi rasa-rasanya tu kesilapan sama. Dulu dah janji taknak buat lagi, tapi buat jugak.
Orang yang mengulangi kesilapan sama, diibaratkan sebagai 'kurangcerdik' kerana walaupun dah tahu salah tapi tetap buat lagi..





Sorry...






Sorry?..tu bukan ungkapan yang patut diucapkan kalau memang rasa akan mengulangi kesilapan sama. Berulang-ulang kali.








Kenapa saya tulis macam ni? Haa! ada sebabnya.. Memang ada sebabnya..


Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Wednesday, January 18, 2012

Monday, January 16, 2012

A caring man towards children is AWESOME!

Tiap-tiap hari….takpun dalam seminggu tu, mesti ada senior-senior yang balik.. Kadang-kadang hati ni meronta-ronta mintak balik jugak.




Dalam hati ni hanya tuhan yang tahu betapa jaja rindukan rumah. Hati ni mendesak, nakbalik nakbalik nakbalik. Tapi apakan daya, hanya setakat itu sahaja. Setakat itu sahaja impian untuk balik ke Malaysia dibiarkan. Be Strong!! Open-mouthed smile


SAM_2084
gambar sekadar hiasan..hihi

Sebenarnya, tadi jaja tertarik dengan personaliti seorang lelaki yang sukakan budak-budak. Betul! Lelaki yang caring dekat budak-budak looks really PERFECT! Mampu membuatkan wanita-wanita kagum dan cair. hahahaha….
Bagi jaja, lelaki yang sangat sayangkan budak-budak ni sangat cool. Sanggup melayan kerenah budak-budak yang pasti banyak sangat ragam. Kita yang ada tangan 2 ni pun masih tak cukup nak layan. Biasanya lelaki macam ni terkenal dengan sifat Sabar yang tinggi. Kan?





I know i’m imperfect. Dulu, jaja tak sukakan sangat budak-budak. Sebab bila jaja dekati diorang, diorang selalu je menangis. I swear, i didn’t do anything bad! Tapi kenapa la diorang menangis eh? Teruk bebeno ke muka i ni? Ada macam Singa tak? Garang? =_=’





Kadang-kadang bila kita duk main-main aucakaucak dengan dia, dia tak layan pun. Bila tengok muka dia, dia palingkan pulak dekat lain. Tak sudi tengok muka kita la tu.. Takpeeee.. Lepas tu bila kita hulurkan tangan nak jalan sama-sama, dia larikan pulak tangan dia tu. Oh, banyaknya dugaan. Jadi bila jumpa je budak-budak, jaja lebih suka mematungkan diri dan ignorekan je mereka. Walaupun orang lain dah macam excited seperti ini :



Eh eh eh…anak siapa ni, comelnyer! Apa nama adik? Nak akak dukung? Lapar tak? Mama mana? Umur berapa ni? blablabla……




Tapi disebabkan kenaikan umur ni. Ada jugaklah sifat sukakan budak-budak tu. Cuma mungkin mengambil waktu untuk jaja sesuaikan diri dengan mereka. Surprised smilehehehehe...



kalau lelaki tu tak penyabar, ada ke dia nak layan budak sampai bawah meja macam ni?




Fikir-fikirkan, dan selamat maju jaya! :D



p/s : ni gambar masa kitorang hangout dengan madam yang ajar bahasa Rusia dulu dekat TATI..

Saturday, January 14, 2012

Dimple (^_^')....


He got dimples on his both left and right sides, and she got a dimple on her right side.
Cute isn't?










Why i'm writing this?? Hmm, actually tadi baru je lepas tengok Kal Ho Naa Ho.
So mode Hindustan is rising again!!! hahahahaha....




and I??


No...i never i had a dimple.. but luckily, he got one.


(^_^)


p/s : saya tak pernah anggap sesiapa yang ada 'dimple' ni cacat.. walaupun ramai yang cakap macam tu.. lagi comel adalah..

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Sunday, January 8, 2012

It's the Truth!!!



ISLAM, is the way of life...



Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Friday, January 6, 2012

You can do it, if you are willing to do it!!





A journey of thousand miles must begin with a single step......



Assalamualaikum.....


Let say we failed today. We cry. We disappointed. We promise to ourselves that we don't want to repeat the same mistake again. We want to revenge the failure.


WE WANT TO CHANGE!!!






ni nak bangun ke tak??



When life knocks you down, you have two choices.
"stay down" or "get up".



Saya tak pandai nak menasihati orang lain. tapi saya tahu. Awak boleh!!!
Kan pepatah ada kata, Gagal sekali bukan bermakna kita gagal selama-lamanya. Tapi tu bergantung atas usaha kita sendiri. 


Kalau kita masih berada di takuk lama, tiada perubahan, tak mustahillah kita gagal selama-lamanya. 
Nauzubillah. Mintak jauh ek.




Apa yang penting, kesedaran diri. Dan, jangan lupa, motivasikan diri sendiri. That is the most important thing!!






Menangislah kerana kegagalanmu hari ini, 
Menyesallah kerana kegagalanmu hari ini, 


kerana, 


aku pasti, itulah penyebab utama untuk kejayaanmu pada masa akan datang...
aku yakin, engkau tidak akan melakukan kesilapan sama buat kali kedua..




Aku yakin dan Aku percaya.






All you need, is the STRENGTH...so keep the STRONG mode on. ok?
Good Luck!
(^_^)






p/s : entri ni untuk siapa? eh untuk awaklah.. siapa? awaklah..yang tengah membaca tuu..     :p



Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Tuesday, January 3, 2012

New Year means your YEAR also +++


Assalamualaikum...


Baiklah...walaupun jaja duduk kat Rusia, but i still know about a THING that happened in Malaysia in these past few days.



Of course it's about si Adam Adli.



Taknak ulas banyak-banyak, cuma nak tambah sejemput dua tiga. Mengikut pandangan jaja la. Okay, pandangan sahaja. Tak lebih tak kurang.




Jaja rasa.....tak elok sangatlah nak berdemonstrasi ni. Tapi tu la, kalau takde demo, takde pulak orang nak bagi perhatian. Ye dak? Hmmm...



Agak kasihan, seriously, memanglah dia ni nak tuntut hak dia. Tapi kesian dekat family dia sampai kena ugut bagai. Tiap-tiap hari ada je ugutan yang sampai dekat family dia. I mean, its ok if the THING only libatkan dia sorang. Tapi sampaikan terbabit satu family, itu agak menyedihkan.



Korang sanggup ke tengok ibubapa korang menangis kerana korang. Sanggup ke?


Jaja tak sanggup.

Kesimpulannya, hargailah ibubapa korang selagi mereka masih hidup. Jangan susahkan mereka.
Kita tidak wajar membiarkan mereka menitiskan airmata walaupun setitis kerana kita. Tidak sama sekali....



*kan dah kata ulasan pendek je.,,,,




****************************************************


Sekarang marilah kita bersembang-sembang pulak. Dah lama rasanya tak tulis panjang berjelaaaaaaa....



Hey kawan! Sekarang dah tahun 2012!!!

i know..i know....i know...bila sebut pasal tahun baru, semestinya ada AZAM baru walaupun azam lama tak dilaksanakan pun.. sampaikan ada yang lupa azam sendiri.. kan??? Haaa! baik mengaku sekarang..hahahahaha



Tak salah sebenarnya nak berazam. Tapi kita mesti ingat, kita berazam bukan sekadar untuk tahun baru je. Tapi sebenarnya, sebagai muslim/muslimah, kita patut berazam tiap-tiap hari barulah betul! Kata nak hari esok lebih baik dari hari ni dan sebelumnya.



Kenapa macam tu??


Jawapannya..senang je..



Kerana..melalui azamlah datangnya semangat. Dan melalui semangat pulak datangnya usaha


Cuba kalau hari hari kita ni penuh dengan kesuraman, muka pun monyok je. Mesti tak best kan? 
Tapi kalaulah hari-hari mendatang ni kita lalui dengan azam yang baru! Muka yang bersemangat! Ceria! Ada misi dan visi yang jelas!
Tak ke lebih bermakna hidup kita?


Tak salah nak berazam. Tapi jangan lupa laksanakan!!!!


Azamku tahun ini :







Jadi apa azam korang untuk tahun baru ni? Share nak....









Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA