Friday, December 9, 2011

Apabila hijab dihargai.....


Assalamualaikum.


Lepas balik je dari kelas, jaja dan roomate pergi cari mama a.k.a warden hostel ni sebab ada masalah dengan hostel card.



So, kitorang singgah la bilik warden tingkat 12. Alhamdulillah, ada orang. Masa kitorang pergi kat situ, dia jemput masuk. Then, dia tanya pasal tudung yang kami pakai, berapa harga? beli kat mana?
Masa tu terkejut jugaklah sebab tiba-tiba je dia nampak interested sangat dengan HIJAB.


Lepas kami sembang-sembang sikit, dia mintak nak try pakai hijab, ala-ala tudung ariani yang jaja pakai tu. And I'm gladly give a try to her.



Muka dia nampak cantik sangat. Putih bersih. Suci.



cantik kan?


Dia sangat-sangat gembira bila pakai hijab tu. Dia tanya, boleh tolong carikan tak tudung ni untuk dia satu. Kitorang macam blur je sebab bekalan tudung dari malaysia pun takdela banyak sangat. So, kitorang kata la, NEXT YEAR boleh???
*sebab tahun depan baru balik Malaysia kan, boleh la beli untuk dia satu


Dengan pantasnya dia gelengggggkan kepala. Dia nak pakai secepat mungkin.



(0_0)  = k.a.g.u.m. dengan semangat dia



Seriously, masa ni memang macam dah terharu gila kot. Bila jumpa orang yang hargai hijab macam ni, terasa kecil diri ini. Cuba kita bayangkan, dekat Malaysia, berapa ramai muslimah yang semakin lama semakin mengasingkan diri daripada hijab. Berapa ramai sangat yang Islam tapi tak menutup aurat. Ramai yang mengaku diri mereka muslim/muslimah tapi hanya pada mulut, pada IC dan tidak pada perbuatan.



Cuba hayati balik kisah dekat atas tu. Warden ni kata, dia sejak kecil lagi dah Islam, tapi tak pernah didedahkan dengan Hijab. So, bilamana dia tengok ramai muslimah dari Malaysia yang pakai hijab, dia jadi tertarik dan dengan sendirinya nak berhijab jugak.



Keikhlasan datang dari hati. Bukan boleh dipaksa-paksa.
Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati dia.. :)





p/s: last week senior cerita ada muslim kena tumbuk dengan set-set anti Islam sampai longlai...

-selamatkan daku dari sebarang bencana, masalah. Amin

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

8 comments:

K. Nana said...

wahahh tharu bace citer awak... huhu. warden kamu tu bkn melayu eh?

anyway congrats u get the chance to spread the dakwah once. may ALLAH bless u n friends. just don't giv up spreading the dakwah.

didoakan semoga mslh hostel card kamu selesai.

:D

K. Nana said...

ehehh... baru bace ps awak hehehe...

kiki... akak student medic juge hihi. 2nd year. pd satu hari akk jln2 kat blog2 umat manusia yg begitu byk. so jln2 tu jumpe la website awak hehe.

adik akak pon ade kat sesma. dua bijik adik akak kat sane :P

hanabunga said...

Alahmdulillah :) lepas ni belikan dia tudung ariani lagi.senang nak pakai :)

Syamimi Razali said...

jaga diri leklok weyy,

takut aku dengo, ada muslim kena serang.

eh, btw, teruskan berperibadi mulia agar menjadi tauladan mereka di sna :)

D-SIM said...

cara/fikiran org eropah kan lain.. that's the good thing about them..

tumbuk ?
now..that's bad.. moga selamat di sana..

Misz Jenny said...

@kak Nana :
warden tu bukan melayu..
orang kazhistan..taktau la kat mane.
hihi..
Dah selesai, Alhamdulillah...

0o, ye ke.. medic jugak rupanya.
Sape adik akak yang 2 bijik tu???





@hanabunga:
Hang sponsor! beres!



@mimi:
orait bebeh! tula, anti islam ada dimana-mana...

erk...heee~




@D-sim:
a'ah.. totally different!
Doa-doakan.
:)

faridFirdaus said...

waaa..bagus2...sememangnya wanita yg pakai hijab nie tersangat la comey..hihi..
ibarat gula-gula yg berbungkus dan yg sudah terdedah,semestinya yg berbungkus menjadi pilihan ramai..:)

Misz Jenny said...

@farid:


betul tu