Tanpa dirimu siapalah aku..
Betapa hari-hariku di sini sunyi tanpamu...
Merindukan wajahmu, suaramu dan kasih sayangmu...
31 Disember 2011, genaplah abahku berumur teeeeeeeeeeeeeeeeeeeet....hahahaha..
ABAH! SELAMAT HARI JADI!
We love you!!!!Pengorbanan abah memang dah banyak sangaaaaat.
*****
Teringat dulu zaman kecik-kecik. Orang lain datang sekolah, mak bapak diorang turunkan sampai depan pintu pagar besar tu je. Tapi adik beradik jaja, semuanya abah akan hantar sampai ke kelas. Lebih detail lagi, sampaikan ke dalam kelas, dekat meja tempat duduk. Sepanjang perjalanan ke kelas tu, abahlah yang tolong bawak beg-beg kami yang superheavy tu. Terima kasih abah!
Tiap-tiap hari abah hantarkan bekalan makanan, duit. Kadang-kadang, masa waktu tengah hari, abah jenguk kami. Takut-takut tak makan lagi breakfast/ lunch. Abah memang caring sangat-sangat!
Semalam..tepon abah sebab nak wish happy birthday la kan.. nasib baik abah angkat.
Abah : Assalamualaikum, sihat?
Jaja : Alhamdulillah, sihat.. abah? tengah buat apa tu?
(buat2 tanya, padahal mmg dah tau abah terbangun dari tido sebab dengar bunyi deringan handset)
Abah: Abah sihat je. Hmm... dah pukul 12.30 malam kan..
Jaja : * nakallah abah saya ni..nak suruh wish bday cepat2 la tu..sebab dia pun letih kot, ganggu waktu tidurkan
"Abah, Selamat Hari Jadi! Semoga berbahagia dunia akhirat, jaga diri eh"
Abah : Terima kasih. Jannah pun belajar elok-elok. Semoga berjaya dan belajar bersungguh-sungguh.
and the conversation go on and on..until jaja kata, dah lewat ni.. Kesian abah nak tido.. hikhikhik
Hari ni kami adikberadik berpakat buat status khas untuk abah..
kakak farah:
jaja:
adik najah :
adik daus :
see, dp kami pun sama...kecuali yang adik lelaki...
Kadang-kadang, bila dah jauh dari family, baru la tahu kita terseksa jiwa raga. (sebab rindu)
Distance makes you realize that you really love him.....very much..
jaga diri tau abahh! :)
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA