Tuesday, February 28, 2012

PE di Rusia.


Assalamualaikum..



Ok...hari ni sangat letih sebab kitorang Physical Education @ Pendidikan Jasmani tadi. Kelas kau jahh, ingatkan lepas habis sekolah dah takde pj, rupanya kat Rusia, di bumi Soviet ni la ada pulak. Dugaan, tapi BEST!!!! Main ski tau tak. Nasib baik dah pernah main masa pergi Kazan, so takde la nampak macam "KEKOK" sangat.


Tadi jaja pusing-pusing main ski 5 round padang. Kira gagah la jugak. Sebab kebanyakan kawan-kawan yang lain ada la dalam 2/3 round macam tu. Saje je nak bagitau, hihihihihihihi...


Masa main ski tu haa, macam-macam aksi ada.
Aksi jatuh tertonggeng ke belakang, kedepan, ketepi..tiba-tiba  jatuh terduduk kat tengah-tengah pun ada.
Ada jugak yang kontrol 'macho' macam pro tapi last-last "senget" ke tepi dan jatuh. hahaha..
Lawak..




Save the date!



Oh ya, sebelum terlupa, hari Ahad lepas a.k.a kelmarin ada majlis sambutan Maulidur Rasul dekat embassy. Malangnya, jaja tak dapat pergi sebab demam. =_=


Nak buat macam mana, hari sebelum tu, iaitu hari Sabtu saya pakai baju tak tebal mana. Bubble pun tak pakai. Nak testing la kononnya, antibody kuat ke tak dengan cuaca sejuk. Malangnya badanku kalah dengan cuaca sejuk ni, dengan angin kuat campur dengan hujan salji.

Hari ni pun rasa macam nak demam balik.
Semoga cepat sembuh. Doa-doakan..
=D

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Friday, February 24, 2012

:D


Assalamualaikum.

The first time i hear about you...
I already know.....that maybe i'm not "solehah" enough to be your woman.








 You will get what you deserve.
*Kamu berhak untuk mendapat yang lagi solehah daripadaku...



Hope you will be happy with your zaujah-to-be.
wassalam.



(^_^)

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Sunday, February 12, 2012

Muslims are not terrorist


Assalamualaikum.



Just for you...






I liked the answer of this Germaniun Muslim scholar when he was asked about terrorism and Islam : 

He said : Who started the first world war ? Muslims ? Who started the second world war ? Muslims ? Who killed about 20 millions of Aborigines in Australia ? Muslims ?? Who sent the nuclear bombs of Hiroshima and Nagasaki ? Muslims ?? Who killed more than 100 millions of Indians in North America ? Muslims ?? Who killed more than 50 millions of Indians in south America ? Muslims ?? Who took about 180 millions of African people as slaves and 88% of them died and was thrown in Atlantic ocean ? Muslims ?? No , They weren't Muslims!!! 



First of all, You have to define terrorism properly... If a non-Muslim do something bad..it is crime. But if a Muslim commit same..he is terrorist... So first remove this double standard...then come to the point!!! , . . . . . 
















Now please..by using you right mind, you can simply decide who is the REAL terrorist.
Your choice. 






:)



Islam is a religion with full of love not violence.
The one that compatible with our way of life. 


p/s : this is a copy paste entry..please share!
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           


Wednesday, February 8, 2012

A trip to Kazan, Tatarstan


Assalamualaikum..



Orangkata....


"Jauh perjalanan....
Luas pemandangan...
Bertambah ilmu pengetahuan..
Hati pun jadi tenang..."



Setelah menaiki train selama 12 jam pada waktu malam.. Akhirnya keesokan paginya terpacaklah kami semua di Kazan, Tatarstan..   



At first..kitorang semua macam malu-malu lagi la terutamanya Jaja (ok tipu!) sebab ada je kawan-kawan yang selalu terserempak kat moscow tapi dalam trip ni baru bertegur sapa. Bukan apa, tu la sebab MALU kononnya.. Padahal ok je berborak-borak lepas tu. Sampai lupa nak berhenti. hahahaha


Destinasi pertama semestinya lah hostel kami. Namanya Hostel Bulgaru. Bangunan biasa je tapi ok la kot sebab baru siap, ada lacking sikit-sikit je. Bersyukurlah ada tempat nak tidur kan daripada tidur tepi jalan, hee~

tengok tu..muka excited jumpa katil..hahahaha


Lepas siap-siap unpack barang. Kitorang pun pergi berjalan-jalan di sekitar Kazan ni. Subhanallah, pemandangannya, orangnya semuanya indah. (tiba-tiba rasa macam duduk kat m'sia).
Masjid pertama yang kitorang singgah ialah Masjid Qol Syarif iaitu masjid yang jaja nak sangat jumpa dalam entri lepas. Alhamdulillah, tercapai.






Apabila kita duduk di negara yang Islamnya adalah golongan minoriti barulah kita akan lebih menghargai Islam. Contohnya, lepas masuk je dalam masjid ni, kami terus beri'tiqaf dan tunaikan solat sunat tahiyatul masjid. Bagi kami bukan mudah nak tunaikan solat tahiyatul masjid kerana masjid di moscow takdelah banyak sangat, kalau ada pun jauh. So, takkan nak lepaskan peluang ni kan. :)
Kalau duduk kat m'sia, belum tentu lagi nak buat. kot.


Masjid Qol Syarif ni dibina sebagai tanda memperingati perjuangan Qol Syarif bersama anak-anak buahnya untuk mempertahankan Kazan serta memperjuangkan Islam dari serangan pihak Rusia. Sayu hati mengenangkan pejuang-pejuang Islam. Tanpa perjuangan mereka, terkuburlah Islam di sini. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh di akhirat sana.



Betul, jaulah kali ni sedikit sebanyak memberikan kesedaran dalam diri jaja. Contohnya, orang-orang kat sini bila bercakap, setiap percakapan mereka mengingatkan kita pada Allah.


Sebab apa jaja kata macam tu? 
Sebab....Kadang-kadang, 



kita lebih mengutamakan perkataan "WOW" daripada Subhanallah.
Kita mendahulukan "Yes, dapat!" daripada Alhamdulillah.


Kan?



Masyarakat Islam dekat sini sangat menghayati keindahan Islam itu sendiri walaupun mereka takdela ramai sangat tapi mampu untuk membentuk masyarakat yang bersatu-padu dan bertolak-ansur.









Antara doa-doa yang tidak dirugikan mustajabnya ialah
  1. orang yang teraniaya
  2. orang BERMUSAFIR
  3. doa seorang ayah kepada anaknya

Kita boleh je nak berjalan-jalan, ambik-ambik gambar semua kan, tapi alangkah bagusnya jika perjalanan kita tu terisi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Yang boleh menyedarkan kita supaya kembali kepada-Nya. Yang boleh menjadikan kita berfikir dan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Insya Allah. Kita berhak berubah (:






Semoga ukhuwah ini kekal.
Ukhuwah fillah abadan abada




Sahabat yang baik, 
Apabila dipandang wajahnya, 
membawa mengingati Allah,
mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu, 
melihat gerak-gerinya membawa perasaan takut kepada Allah, 
berkawan dengannya bererti berjuang ke jalan Allah.







p/s : banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi takpelah. lainkali pulak.. hihihihi

Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

Friday, February 3, 2012

Kazan! Here i come!!


Assalamualaikum..dalam masa beberapa jam lagi, maka bermulalah perjalanan jaja ke Kazan iaitu bandar ketiga terbesar di Rusia. (Winter holiday!)
Kalau tak salah jaja la, Kazan di berada dalam daerah Tatarstan..lebih kurang macam tu la kot.




Cuak-cuak.. =_='
Al-maklumlah nak ke tempat baru, rasa bimbang itu pasti ada.





Tapi ..ramai orang-orang Rusia ni kata Kazan ni comel. Taktau la pulak kan, baru je nak pergi. hihihi..
Setelah di google, hmm, boleh tahan lawa jugak Kazan ni.




Nak tengok? Nahhhh...


Kazan Rivera







at night..







absolutely i wanna visit this!!!





Kazan Mosque



Allahuakbar! dah lama rasanya tak dengar azan secara live.



Semoga perjalanan ini dipermudahkan oleh-Nya.
Dan dapat membuka hati untuk melihat kebesaran-Nya secara berhikmah.




(^_^)



p/s : lepas balik nanti update lagi pasal Kazan! :)






Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA