Assalamualaikum.......entah kenapa...
Sehari dua ni aku rasa sedih...sebab.....aku teringatkan kawan-kawan......
Masa aku study, aku ingat masa kita buat study group sama-sama. Bising. Riuh rendah. Macam kita je yang nak study. hahaha... Tapi, kat sini..kebanyakannya suka study sorang-sorang. Senyap je. Tak segembira dulu. Style diorang kot.. entahlah..
Masa aku makan, aku teringatkan Dewan Makan kita. Tempat wajib untuk berborak-borak sambil makan. Kadang-kadang kalau ada kawan makan tak habis, ada je yang tolong habiskan. Kan???
Kat sini jugakla tempat
sokseksoksek.....eh, tadi kak ni muka masam je dengan aku masa letak makanan dalam pinggan aku, bila bagi makanan kat set-set lelaki, senyum bukan main lagi.......blablablablablablabblabla.. cuba tengok abang dewan makan tu, kacak jugak.......potpetpotpet.....
Masa aku buat assignment/homework/notes, aku teringatkan korang..kawan-kawanku....
Aku ingat lagi masa aku tak mampu untuk buat semua kerja sekolah sebab susah, aku mintak tolong korang. Bila aku tak faham apa yang cikgu ajar, korang la yang ajarkan balik. Serius rinduuu....... Kat sini, kebanyakannya kawan-kawan baru. Bijak. Kadang-kadang aku segan nak mintak tolong dengan diorang.
Tapi ada je yang membantu......
Masa aku tengok handset.....aku rindukan message korang. Dah lama message korang tak memenuhi inbox aku. Tak lagi seperti dulu.. Dulu kan, kalau raya je, mesti handset tak abis-abis berbunyi.. Tanda message masuk
Dulu dan sekarang.......banyak sangat perkara yang berbeza. Betullah ramai orang kata, zaman sekolah menengah, ialah zaman terindah. Aku takkan lupakan kenangan tu. Insya Allah, selagi hayat masih dikandung badan...
Frienship never ends!
F5 banders 2010....
Jane-my bed......hahaha
Sahabat lama takkan pernah sama dengan sahabat baru...
Indahnya persahabatan...Kita bertemu dan berpisah kerana Allah.
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
10 comments:
pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa,
hilang di mata tapi di hati tidak lupa,
berdoalah kita agar aman dan sentosa,
semoga bertemu kita pula di lain masa.
Love youu, jenny.
i know u miss me kann ?
#miss youu too .;')
Mujurlah ada Facebook hehehe. Still boleh berceloteh sikit sikit kan :D sabo ye Jannah.
pengorbanan itu norma kehidupan :)
benar..sememangnya kwn2 itu sgt penting...
ooo dulu suka ngumpat kakak dwn mkn ekk..
:)
sabar ye kak jenny
berpisah pun sebab nak mencari secebis ilmu, bukan nak pergi buat benda yg tak betul
yang berpisah tu akan bertemu balik bila mana ada kesempatan insyaAllah
Mimi:
Aihh, pantun ke? hahaha....
hihihi....yelaa..
miss you! sobsobsob
Alia D:
bukan setakat berceloteh sikit, tapi banyak..... hihi
D-sim:
ok, ayat dah boleh buat NOVEL..
haha
Farid:
bkn selalu sgt ngumpat..
kadang-kadang...kot
ayiel:
yupyup...
Insya Allah..thanks dik
Post a Comment