Bila je jaja bukak fesbuk......penuhhh dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha....bukan di wall saya, tapi semua duk pakat post status lebih kurang sama pasal raya kat wall masing-masing....
Duduk jauh memang agak terkorban jiwaraga bila masuknya tarikh menyambut hari raya tanpa kehadiran keluarga di sisi. Sedih tu memang wajibalghunnah! Nak-nak bila dengar takbir raya, teringat semua kenangan masa sambut raya kat Malaysia. Nak nangis... (T_T)
Tapi tu la, tabah tu mesti kalau duduk obersi. Hati kena kuat, Mental kena sihat.. Insya Allah kamu hebat!
*tetibe lak jadi pantun
Semalam, kitorang buat Iftar sekali dengan sisters. Happy sangat! Diorang memang baik, sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak buat iftar sekali. Setakat yang jaja tahu, iftar ni majlis bukak puasa, kan? Betulkanlah kalau silap. (^_^)
Lepas kitorang beriftar tu, ada la takbir raya sikit-sikit......sebakkkkk........
Sobsobsob....
Belajar kat luar negara best..tapi kalau RAYA sangat la tak best......
Selamat Hari Raya Aidiladha semua!!!
Really miss you....
:'(
p/s : suhu hari ni -9degree.....sejuk gila...terketar-ketar aku....
air atas jalan pun dah berubah jadi ais..bayangkanlah betapa sejuknyaaaa...
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
3 comments:
salam aidiladha :D
Slmt hari raya aidiladha...
:)
selamat selamat..pos salji sini cket..!! :p
Post a Comment