Assalamualaikum semua (^_^)
Alhamdulillah, kita masih lagi bernyawa pada hari ini. Jom tambahkan ibadah kepada-Nya selagi masa itu masih ada.
Mati itu pasti, so beribadahlah lagi!!! =)
Bila umur dah meningkat, maka secara tak langsung makin dekatlah diri kita dengan Allah. Subhanallah. Bila renung balik apa yang dah dibuat sepanjang hayat kita ni, agak-agak 'lepas' tak kita untuk masuk Syurga? Sudah bersediakah kita?
Orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati. Jadikanlah diri kita salah seorang daripadanya. Siapa tak nak jadi bijak kan??? Bijak di mata Allah itu AWESOME!
Berkait soal umur, bila umur meningkat, maka terjadilah satu fenomena di mana ibu bapa mula memikirkan anaknya sudah besar panjang untuk bercakap soal pertunangan, soal perkahwinan. Sehinggakan bila kita tengah melihat kad kahwin orang lain pun, mereka berkata :
Mereka : Cantik tak kad tu?
Kita : Eh, mestilah cantik! Simple je. Takdelah mahal sangat, tapi comel!
Mereka : Nanti kad kahwin anak-anak macam tu jugaklah. Tak lama dah. (sambil tersenyum kambing)
(=_=)'
Mungkin, reason diorang berkata macam tu ialah :
1) Mahu sedar, anda tu dah tua. So, kena matured sikit. Ok?
2) Mahu anak mereka memahirkan lagi diri ini dalam bidang masakan. Kalau nak pikat suami kan kena pikat perut dia dulu..haaa
3) Mahu anak mereka bersedia untuk pelbagai dugaan dan cabaran bergelar 'remaja' sebenar. erk..
4) Ataupun dah ada calon untuk anda semua?? hahahahaha.....
Fikir-fikirkanlah.
Yang pasti,kalau kita meletakkan segala perubahan dan usaha untuk merubah diri ini di atas sebab mahu berubah kerana seseorang, dan suatu hari nanti kita ditinggalkannya. Apa yang akan terjadi? Adakah kita akan tetap berubah ke arah kebaikan dengan ketiadaan dia? Come on... Tiada satu pun manusia kekal di muka bumi ini. So why don't you change for the sake of Allah SWT? He never leaves you. Pandangan siapa yang lebih penting? Allah atau manusia? Jika berubah totally kerana Allah, InsyaAllah, akan dipermudahkan oleh-Nya. =)
Terdapat 3 Ciri/ Tanda-tanda/ Cara-cara untuk mendapat KEMANISAN IMAN (HALAWATUL IMAN)
- Mencintai Allah dan Rasul lebih daripada mencintai diri sendiri
- Mencintai seseorang kerana Allah
- Membenci perkara mungkar/kufur/kekafiran
Jika kita tidak mampu mencintai Allah dan Rasul melebihi diri kita sendiri, bagaimana pula kita mahu mencintai seseorang kerana Allah. Bagaimana?
Wallahualam. Peringatan untuk diri sendiri yang mempunyai banyak kekurangan (^_^)
Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
1 comment:
alhamdulillahh...
nanti boleh lah share2 resepi masok deh ;DD
Post a Comment