Sunday, March 18, 2012

Sudah lupakah kita?


Assalamualaikum..


Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.
Hari ni sekali lagi kita diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini , tiada tujuan lain melainkan untuk menjadi khalifah dan beribadat kepada-Nya.


Mari mulai hari kita yang indah ini dengan niat kerana Allah taala. Kerana apa? Kerana niat jugalah yang membezakan antara orang beriman dan orang kafir. Insya Allah, dengan niat kerana Allah, kehidupan seharian kita akan menjadi lebih bermakna.







Sebelum kamu teruskan membaca entri ni. Betulkan niat dulu ye. :D
Insya Allah hari ni nak share ayat dari Surah At-Taubah, ayat ke 120.

Saya terus ambik ayat yang last iaitu yang bermaksud:


"SUNGGUH ALLAH TIDAK MENYIA-NYIAKAN PAHALA ORANG YANG BERBUAT BAIK"


jadi kenapa? kenapa kita kadang-kadang cenderung untuk melakukan perkara-perkara jahat/buruk/kurang baik berbanding yang baik? Anda rasa kenapa? Refleks balik diri kita. Mungkinkah kita sebenarnya telah menjadi hamba dunia? Sudah lupakah kita pada akhirat? ataupun kita terlupa, apakah tugas kita sebenarnya di dunia ini?



Pada pandangan saya. Kenapa kita lebih cenderung untuk mengumpat dari bercakap perkara yang berfaedah? Kenapa kita lebih suka melihat perkara haram/cuci mata daripada melihat kebesaran Allah?
Kenapa kita jadi macam ni?



Semuanya kerana ianya bermula dari diri sendiri.

-Diri ini yang kurang mengingati mati
-Diri ini yang kurang bermuhasabah diri
-Diri ini yang terlupa, ada satu Kuasa yang boleh mencabut nyawanya bila-bila masa sahaja



Ingat! Semua manusia berhak berubah. Tapi berubah secara istiqamah, itulah yang terbaik.
Setiap hari melawan nafsu daripada melakukan perkara jahat juga termasuk dalam jihad kecil.




Tak semua benda yang kita nak kita akan dapat, tapi kita boleh berdoa. :)


"Ya Allah kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi"
(Surah Al-Imran :8)


Sekian.



Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA
           

1 comment:

Ezzamh said...

Qola Allah Taala fi Quran Alkarim.. “Dan sesungguhnya Kami jadikan utk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia mereka mempunyai hati tapi tidak dipergunakannya utk memahami dan mereka mempunyai mata tidak dipergunakannya utk melihat dan mereka mempunyai telinga tidak dipergunakannya utk mendengar . Mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lbh sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yg lalai..”