Friday, September 9, 2011

Bila dah dapat..hargailah dia...


Assalamualaikum....



Bersahabat bukanlah semudah mengenyitkan mata kepada Shah Rukh Khan..erk?



Siapa kata nak berkawan tu senang? Eh, yela kan. Berkawan memang senang tapi, nak KEKALKAN PERSAHABATAN tu susah... Sesusah membuat kek coklat tanpa melihat resipi....bagi aku la, sebab aku tak pernah buat kek coklat lagi.. Makan tu kerap la.. wakekeke.... (^_^)




Kadang-kadang, bila dah bersahabat baik, ada pulak kawan yang dah tersalah faham..





"Weh, asal kau asyik berkepit je dengan dia tu..dengan aku tak nak pulak, huh.. Tak nak kawan dengan aku eh, takpelaaaa... Aku sedar aku ni siapaaa...."










Aiseymann....chill lah brader. Takkan sebab tu pun nak merajuk.. Cool sudahh..


Bagi aku la, itu adalah HAK ASASI masing-masing untuk bersahabat/bermusuh dengan sesiapa pun di atas mukabumi ini..
Lainlah kalau diorang ni bersahabat sampai lupakan terus kawan-kawan seperjuangan yang lain..bila kita panggil pun buat acuh tak acuh je.. Haa! kalau kawan yang macam ni, dah lama aku tibai dengan selipar jepun..hahaha..



Satu lagi,cuba fikir..... diorang tu rapat maybe sebab dah terasa macam ada "KIMIA" di antara diorang..
kan????








Bukan senang nak mencari sahabat yang boleh faham sukaduka kita. Bukan senang nak mencari sahabat yang boleh dipercayai.Bukan senang nak mencari sahabat yang sehatisejiwa/sekepala dengan kita.





Jadi, kalau korang dah terjumpa dengan sahabat itu, bersyukurlah.. Jaga persahabatan korang elok-elok kerana tidak semua bertuah untuk memilikinya..



Bahkan.........
Sampaikan sekarang masih ada yang tercari-cari sahabat sejati, yang tidak diketahui kewujudannya.. Masih hidup ataupun sudah meninggal dunia...


Wallahualam.






Salam SERIBU kali sayang ~ JAJA